News

10 Perkata Yang Anda Perlu Tahu Tentang Belanjawan 2019

Berakhirlah sudah pembentangan Belanjawan 2019 oleh Yang Berhormat Tuan Lim Guang Eng yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia kelmarin. Banyak perkara yang diumumkan oleh pihak kerajaan dalam belanjawan tahun hadapan.

Belanjawan 2019 akan memperuntukkan RM314.5 bilion, peningkatan berbanding peruntukan bajet 2018 iaitu sebanyak RM260.8 billion. Di sini kami memilih isu yang menjadi perbincangan hangat oleh netizen dalam pembentangan Belanjawan 2019. Untuk Teks ucapan penuh untuk Belanjawan 2019 boleh dibaca di sini.

1. Pengenalan pas bulanan RM 100 untuk perkhidmatan awam

Berita baik buat warga kota yang menggunakan pengangkutan awam. Mulai 1 Januari 2019 kerajaan bakal memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan meliputi perkhidmatan rel dan bas RapidKL.

2. Pembayaran balik PTPTN dengan potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15 %

Demi membantu pelajar meyelesaikan hutang pinjaman PTPTN, kerajaan bakal melakukan pemotongan gaji dengan kadar yang amat rendah. Tidak perlu membayar PTPTN sebelum anda bergaji RM4,000 kini termansuh.

3. Cadangan pengenaan levi (cukai) pelepasan bagi semua penumpang ke luar negara

Ini merupakan berita kurang gembira kepada yang suka pergi melancong. Levi sebanyak RM20 dikenakan untuk penerbangan negara ASEAN dan RM40 untuk penerbangan destinasi luar ASEAN. Namun levi seperti ini sudah diperkenalkan di luar negara antaranya Jepun.

4. Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan B40 dengan memberikan bantuan secara lebih bersasar

Bantuan Rakyat 1 Malaysia bakal diteruskan tetapi ditukar nama sebagai Bantuan Sara Hidup. Untuk pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000 ,dari RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM750 dan berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500.

5. Perkhidmatan atas talian yang dikenakan cukai mulai 1 Januari 2020

netflix

Ini berita kurang gembira kepada anda yang melanggan laman penstriman di Internet. Kerajaan bakal memperkenalkan cukai kepada laman penstriman popular seperti Spotify, Netflix dan banyak lagi. Cukai ini akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2020.

6. Tiada Kenaikan Tol Tahun 2019 dan pemansuhan tol laluan motor

Mulai tahun hadapan juga kerajaan umumkan tiada kenaikan tol di semua lebuh raya Malaysia yang melibatkan implikasi kewangan kira-kira RM700 juta. Selain itu,kerajaan akan memansuhkan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang serta Lebuhraya Laluan Kedua, Johor mulai 1 Januari 2019.

7. Dana E-Sukan sebanyak RM 10 juta

Sebanyak RM10 juta kerajaan Malaysia akan disalurkan 10 juta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk membangun dan menggalakkan E-Sports, sebagai sebuah aktiviti dan industri yang diminati oleh generasi muda yang melibatkan jurutera perisian dan pemaju permainan digital. Sejajar harapan Menteri Belia Dan Sukan mahu menjadikan Malaysia sebagai Hub esport di rantau ASEAN.

8. Peruntukan 100 juta untuk Olimpik

 Selain E-sport, kerajaan juga mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk persediaan atlet ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, dengan harapan meraih pingat emas pertama negara.

9. Bonus RM 500 untuk penjawat awam dan RM 250 pesara

Untuk pekerja penjawat awam pula kerajaan bakal menberi bantuan RM500kepada penjawat awam gred 54 dan ke bawah dan RM250 untuk pesara sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi penjawat awam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Kerajaan berjanji akan menyalurkan bayaran khas itu sebelum hujung tahun ini.

10. RM 60.2 billion untuk Kementerian pendidikan

Untuk belanjawan kali ini, Pendidikan menerima peruntukan terbesar. Peningkatkan itu selaras dasar kerajaan menghasilkan suasana pendidikan yang lebih berkualiti di semua peringkat. Daripada jumlah itu RM652 juta disediakan bagi tujuan menaik taraf dan menyelenggara semua sekolah di seluruh negara termasuk sekolah agama dan pusat tahfiz.

Adakah anda ada sebarang komen tentang pembentangan belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan kita kelmarin? Boleh berkongsi pandangan anda di ruangan komen ini.

Kredit : The Vocket

Popular

To Top