Connect with us

News

2 Kanak-Kanak Maut Dikelar

Dua kanak-kanak maut dikelar seorang lelaki di Kampung Sungai, Yan, malam tadi.

Dalam kejadian 11 malam itu, suspek dipercayai mengamuk dan menyerang seorang lelaki terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, kanak-kanak perempuan, 4, dan kanak-kanak lelaki, 1, yang berada di dalam bilik bersama ibunya kemudian diserang suspek sebelum dikelarnya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun ditahan sejurus selepas kejadian.

“Siasatan awal suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Popular

Foto selebriti Indonesia berbogel di Kuala Lumpur tersebar

Trending

Neelofa Tersalah Muat Naik Gambar Tidak Berhijab

Hiburan

“Dalam Dewi Remaja Bertudung, Masuk Kelab Pakai Bikini

Trending

Pertama Kali Dalam Sejarah Gelaran Dewi Remaja Ditarik Balik

Hiburan

Connect