Connect with us

News

5 Tahun Dipaksa Jadi Pemuas Nafsu Abang Kandung

Tidak tahan menjadi hamba seks luar tabii abang kandung sejak lima tahun lalu, seorang remaja perempuan nekad lari dari rumahnya di Bidor dan membuat laporan polis, kelmarin.

Gadis yang kini berusia 17 tahun itu bukan saja dicabul abang sulungnya yang berusia 26 tahun, tetapi turut dirogol dan diliwat sejak mangsa berusia 11 tahun.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mangsa dikatakan keluar rumah jam 10.40 pagi kelmarin dan ke rumah ibu saudaranya di Slim River sebelum membuat laporan polis jam 12.45 tengah hari.

“Remaja terbabit mendakwa sering dikongkong kehidupannya oleh abang sulung yang turut memberhentikan mangsa daripada sekolah tanpa sebab.

“Mangsa mendakwa kejadian berlaku sejak 2014 ketika berusia 11 tahun.

“Pada awalnya dia tidak dirogol cuma dicabul dan kejadian rogol serta liwat berlaku pada 2017 semasa berusia 14 tahun dengan kejadian terbaru Jumaat minggu lalu,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa anak yatim piatu dan tinggal bersama tiga abangnya di rumah sewa di Bidor.

Remaja terbabit anak bongsu daripada empat beradik dan kejadian berlaku semasa dua abangnya yang lain tiada di rumah.

“Mangsa tidak pernah menceritakan kejadian kepada sesiapa kerana diugut oleh suspek tidak akan diberi makan dan duit belanja.

“Pemeriksaan ke atas mangsa dijalankan di Hospital Slim River dan mangsa ditahan di wad sebelum dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Wan Azharuddin berkata, susulan laporan, pihaknya menahan suspek yang bekerja sebagai kelindan lori untuk direman.

Sumber : Harian Metro

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect