Connect with us

Inspirasi

Abang Ambulans Wira 30 Nyawa

3 hari lalu tular mengenai kes limpahan bahan kimia di sungai Kim Kim yang dikatakan berpunca dari sebuah lori tangki. Sisa kimia itu sepatutnya dilupuskan mengikut prosedur yang betul namun ada pihak yang mengambil jalan mudah dengan membuangnya ke dalam sungai.

Berikutan perkara tersebut, sekolah berhampiran telah mengarahkan pelajar sekolahnya untuk mengosongkan kawasan tersebut, Pihak sekolah juga telah mengarahkan para ibu bapa untuk menjemput anak mereka dengan segera.

Akibat dari pencemaran gas tersebut, di dapati lebih dari 30 orang mangsa kini sedang dirawat di hospital berdekatan. Mangsa terdiri daripada pelajar sekolah, pekerja kantin dan pemandu van ambulans.

Gambar : Rosmini Mat Yaakub

Seorang guru dari sekolah terbabit, Rohana Razak berkongsi di laman Facebooknya detik di mana pemandu ambulans, Mohd Faris Anuar (44 tahun) yang berusaha sedaya upaya untuk memberi bantuan dan menyelamat para pelajar.

Gambar : Rohana Razak

Angkat anak2 murid kami. Bergegas dlm suasana yg cemas. Slps menerima panggilan kecemasan.. dalam berlapar… tanpa menghiraukan kepentingan sendiri…

Sekarang sedang dlm keadaan kritikal… dialah yg berulang alik membawa beberapa pelajar kami utk diselamatkan nyawa… mohon sangat semua umat dunia mendoakan kesembuhan buat abang driver ambulans yg sedang diuji. 😭

Post berkenaan telah dikongsi lebih dari 2,600 ribu kali di laman Facebook. Ruangan komen dipenuhi oleh doa dan kata-kata semangat supaya Mohd Faris sembuh dan dipermudahkan urusannya.

Abang Ambulans Dah Sedar!

Gambar : Rosmini Mat Yaakub

Terbaru, pihak Siakap Keli telah menghubungi Rosmini Mat Yaakub yang merupakan salah seorang guru di sekolah berkenaan. Menurutnya, 2 orang pelajar, pekerja kantin dan pemandu ambulans, Mohd Fariz sudah sedarkan diri. Namun keadaan Fariz masih lemah dan tidak memberi respon ketika Rosmini  bercakap dengannya.

Rosmini juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan kepada mereka yang terlibat.

Sumber : Siakap Keli.

Popular

Kepada Lelaki Yang Mempunyai Masalah ‘Man Boobs’, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Gaya Hidup

Mulai 1 Mac, Penjawat Awam Bekerja Mengikut Masa Fleksibel

News

Keadaan Jenazah Haziq Seperti Bercahaya dan Tersenyum

News

[VIDEO] Perdana Menteri New Zealand Sifatkan Tragedi Berdarah Christchurch Adalah Serangan Pengganas

News

Connect