Connect with us

Hiburan

“Ada Banyak Muka Sufian Suhaimi Dekat Malaysia Ni” – Komen Sufian Suhaimi Mengenai Gambar Tular Seakan Dirinya

“Saya tak tahulah kerana ada banyak muka Sufian Suhaimi dekat Malaysia ni…,” kata penyanyi Sufian Suhaimi ketika ditanya mengenai foto tular seakan dirinya yang sedang tidur bersama seorang wanita.

Di saat kemenangannya meraih trofi Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 33 (AJL 33) sedang hangat diperkatakan, penyanyi lagu Di Matamu ini diuji dengan penyebaran foto terbabit.

“Sebelum ini, ada pengawal keselamatan, macam-macamlah… Saya pun tak pasti dengan gambar itu.

“Mungkin itu adalah salah satu attack…. Isu itu saya rasa tak perlu diperbesarkan. I think it is just another troll, by the netizen.

“Saya tak suka bila statement itu disalahgunakan atau pun diputarbelit, jadi saya rasa biarlah benda tu terhenti di situ saja,” katanya yang dihubungi oleh HLive.

Ketika ditanya oleh HLive, adakah Sufian risau jika perkara ini akan memberi impak terhadap kerjayanya tatkala dia sedang meraikan kemenangan dan diganggu pula oleh perkara negatif sebegini, Sufian mempunyai jawapan tersendiri.

“Not really. Saya rasa benda ini bukan bukan satu isu yang besar. Banyak gambar-gambar yang berada dekat internet sekarang yang boleh digunakan. This is another picture,” katanya lagi.

Sumber : Gempak.com

Popular

“Saya Sudah Pun Terima Hukuman, Apa Motif Mereka?” – Shahrol Shiro

Hiburan

Nabila kecewa video lagu baharu ‘tiada tontonan’

Hiburan

Ganja Mempengaruhi Tahap Kesuburan Lelaki?

Gaya Hidup

Pilih ‘Ikat’ Anak Isteri Di Rumah, Ini 7 Sebab Suhaimi Saad Tidak Hantar Anak Ke Sekolah … #5 Paling Touching!

Trending

Connect