Connect with us

Gaya Hidup

Ada Cara Untuk ‘Tour’ di Istanbul Secara Percuma!

Sebenarnya, kita boleh menikmati program bersiar-siar di bumi Istanbul, Turki, secara percuma jika menaiki Turkish Airlines semasa melancong.

Menurut seorang pengguna laman Facebook, Nur Syahirah Yaakub, dia berkongsi pengalaman bersiar-siar di Istanbul secara percuma semasa menunggu waktu transit penerbangan dari Kuala Lumpur ke London.

Waktu tour Istanbul

Masa beli tiket KL – London (transit Istanbul), ada banyak option layover, paling singkat 3 jam. Seperti biasa aku akan ambik flight yang transit paling lama. 14 jam. Sebab timing cantik, sampai Istanbul 6.20 pagi, next flight ke London pukul 9.00pm.

Aku dah berangan round seharian dekat Istanbul dan makan dekat Galata Bridge. Segala mak nenek makanan dah ada dalam kepala. Makanan Istanbul sedap-sedap wehhh! Kemudian, masa aku nak beli tiket, aku perasan dia ada remark “Tour Istanbul”. Aku search dan baca, rupanya Turkish Airlines provide free Tour Istanbul untuk passenger yang transit minimum 6 jam siap breakfast/lunch provided.

Ada beberapa waktu untuk Tour Istanbul dan itinerary untuk setiap tour pun berbeza.
• 8.30 am – 11.00 am (2.5 jam)
• 9.00 am – 3.00 pm (6 jam)
• 9.00 am – 6.00 pm (9 jam)
• 12.00 noon – 6.00 pm (6 jam)
• 4.00 pm – 9.00pm (5 jam)

Memandangkan kami transit 14 jam, kami ambik tour yang paling lama (9 jam) 9.00am – 6.00pm. Sebabnya, dia cover banyak tempat, dan dia provide breakfast and lunch.

Macam mana nak dapat free tour ni?

Sampai je Arrival Hall, terus ke Passport Control 1 untuk cop keluar. Beg tak payah risau sebab beg akan terus dihantar ke next destination. In my case, beg terus hantar ke London. So kami melenggang ja jalan dekat Istanbul. Boarding pass pun dia akan bagi 2 siap-siap masa dekat KLIA.
• KUL – ISTANBUL
• ISTANBUL – LONDON

Lepas dah cop passport, terus jalan ke pintu exit, kemudian belok kanan sampai hujung akan nampak “Hotel Desk”. Hotel Desk ni betul-betul depan Starbucks. Sampai situ, bagi dia boarding pass untuk next flight (In my case : Istanbul – London). Then bagitau nak tour yang mana. Lepas tu dia akan ambik boarding pass kita dan suruh duduk dekat Starbucks tu nanti dia panggil nama.

Lagi 15 minit nak pukul 9am dia pun panggil nama aku, Hint dengan Emir. Dia akan bagi sticker untuk lekat dekat baju. Sticker ni untuk bezakan group tour. 9.00am – 6.00pm punya tour, dia akan bagi sticker P03. Then, dia bawak group tu untuk naik bas. Atas setiap seat, dia bagi complimentary head scarf.

1. Turkish Airlines Office

Dia akan berhenti dekat Office Turkish Airlines dekat satu bazaar for those yang nak simpan cabin luggage.

2. Sarapan

Lepas letak beg, dia akan bawak Restaurant Al – Nakhla untuk sarapan. Ye, sarapan percum untuk mulakan hari anda.

3. Blue Mosque

Dia bagi masa 30 mins – 1 hours untuk explore dalam Blue Mosque. Masa ni boleh la korang ambik gambar with both Blue Mosque dan Hagia Sophia sebab sebelah-sebelah. Hagia Sophia je tak masuk sbb entrance fee kena bayar TL40 (RM38).

4. Hippodrum, German Fountain & Obilisk

Ketiga-tiga ni semua terletak dekat kawasan lapang sebelah Blue Mosque. Dia akan explain sejarah tempat-tempat ni then dia bagi masa 30 minit untuk ambik gambar etc.

5. Museum of Art and Culture.

Pun free entrance dengan tour ni cuma sebab kitorang transit tu hari Isnin, museum tu pulak tutup hari Isnin.

6. Topkapi Palace

Dulu kitorang ambik gambar dari luar je. Nak masuk dalam ni kena bayar 40 Turkish Lira, tapi dengan Tour Istanbul ni boleh masuk free! Kitorang spend masa dekat 2-3 jam jugak dekat sini termasuk makan tengahari.

7. Restoran Konyali

Restoran Konyali ni terletak dalam Topkapi Palace overlooking Selat Bhosphorus. View dia subhanallah cantik sangat! Sampai je dekat restoran,kitorang dihidangkan dengan starter Lentil soup, main course and last sekali puding jagung. Main course dia ada kambing and beef. Sedap gilaaaaa oi. Harga lunch tu TL tapi dengan Tour Istanbul, lunch provided, so yes, you can eat for free. Entrance fee Topkapi je dah 40 lira, campur lunch lagi tak taulah berapa harga dia — Bagi aku, Tour Istanbul ni sangat berbaloi.

8. Grand Bazaar

Grand Bazaar ni bazar yang sangat besar segala mak nenek dari rempah, kopi, lampu, carpet semua ada. Opposite Grand Bazar ada masjid, so boleh solat jamak qasar dekat masjid tu dan jumpa balik pukul 4.00pm.

Lepas grand bazaar, kitorang balik ke HQ untuk ambik cabin luggage orang yang tinggal tadi. Settle ambik beg semua, 4.30pm terus gerak ke airport. Walaupun tour dia sampai pukul 6.00 petang, tapi dia akan make sure korang sampai balik airport sebelum 6.00pm at least you have 3 hours gap before the next flight.

Harga tiket

Dengan harga RM776 Kuala Lumpur – London (transit Istanbul) naik Turkish Airlines with free tour lagi, it is really worth it. Naik Turkish Airlines ni dia macam balik duduk rumah dengan mak hang. Selagi boleh dia akan bagi hang makan kenyang-kenyang, lepas makan, makan, lepas tu makan lagi, sampai hang takdak masa nak rasa lapaq.

Sumber: Fb Nur Syahirah Yaakub

Popular

“Saya Sudah Pun Terima Hukuman, Apa Motif Mereka?” – Shahrol Shiro

Hiburan

Nabila kecewa video lagu baharu ‘tiada tontonan’

Hiburan

Ganja Mempengaruhi Tahap Kesuburan Lelaki?

Gaya Hidup

Pilih ‘Ikat’ Anak Isteri Di Rumah, Ini 7 Sebab Suhaimi Saad Tidak Hantar Anak Ke Sekolah … #5 Paling Touching!

Trending

Connect