fbpx
Now Reading
Harimau Sumatera Disangka Siluman

Harimau Sumatera Disangka Siluman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pihak berkuasa menyiasat kejadian seekor harimau Sumatera yang dibunuh dengan tombak oleh penduduk kampung di Sumatera Utara kerana menyangka haiwan itu adalah manusia jelmaan harimau atau siluman.

Jakarta Post melaporkan, harimau jantan daripada spesies terancam itu dibunuh penduduk di kampung Hatupangan, Batang Natal sebelum bangkainya digantung di dewan orang ramai di kampung terbabit, Ahad lalu.

“Harimau itu tidur di bawah rumah sebelum beberapa penduduk menikam perutnya beberapa kali menggunakan tombak,” kata ketua daerah Batang Natal, Lion Muslim kepada Jakarta Post.

 Lion berkata, penduduk tahu harimau itu adalah spesies terancam dan dilindungi kerajaan tetapi mereka takut kerana terdapat khabar angin mengenai siluman yang berkeliaran di kampung berkenaan.
Sementara itu, pengarah Badan Pemuliharaan Sumber Alam (BKSDA) Sumatera Utara, Hotmauli Sianturi memberitahu, beberapa hari sebelum kejadian pihaknya cuba menasihati penduduk supaya tidak membunuh harimau itu.

“Kami termasuk pegawai Tentera Nasional Indonesia ada berbincang dengan penduduk tetapi mereka tidak mendengar nasihat kami,” jelasnya.

Sementara itu, pengarah eksekutif Yayasan Scorpion, Gunung Gea kesal dengan tindakan kejam penduduk yang membunuh dan menggantung bangkai haiwan itu di dewan.

Harimau Sumatera antara spesies terancam dan bilangan haiwan itu dianggarkan tidak lebih 600 ekor.

Sumber : Harian Metro, Jakarta Post

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.