Now Reading
Ladang Lipas Terbesar Dunia Ini Ternak 6 Billion Lipas

Ladang Lipas Terbesar Dunia Ini Ternak 6 Billion Lipas

Lipas dikenali sebagai haiwan pengotor dan pembawa penyakit dan ramai yang geli dengan lipas. Tapi tahukah anda, lipas juga boleh dijadikan ubat.

Sebuah ‘ladang’ untuk menternak lipas telah siap dibina di Xichang, daerah Sichuan, China. Terdapat 6 billion lipas di ladang itu dan kesemua enam bilion lipas ini dijaga menggunakan teknologi artificial intelligent.

Menurut laporan media tempatan, South China Morning Post, ladang itu menempatkan lipas dari baka Periplaneta Americana atau lebih dikenali sebagai lipas Amerika.

Lipas yang memiliki ciri-ciri seakan kupu-kupu ini dibiakkan untuk dibuat ubat. Ubat yang terhasil daripada pembiakan lipas ini didakwa mempunyai agen penyembuh yang telah banyak menyelamatkan pesakit di China.

Menurut pengusaha ladang lipas, Geng Nengfu, kesemua lipas itu disimpan dalam bilik gelap di bawah suhu 10 darjah Celcius dan ia digunakan sebagai bahan asas untuk ubat-ubatan.

Bahan asas ini diamalkan sejak 2000 tahun lalu lagi dalam dunia perubatan mereka.

Sumber: Awani

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.