Hiburan

“Anugerah Tuhan Paling Indah” – Jamal Abdillah Kenalkan Isteri Pada Umum

Selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga, Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 59, akhirnya memperkenalkan isterinya, Zai Izzati Khiruddin, 24, kepada media.

Jamal yang mengaku terpikat dengan berkeperibadian lembut Izzati, menyifatkan wanita itu sebagai peneman setia hidupnya sekarang.

“Dia anugerah terindah daripada Tuhan,” katanya pada sidang media mengumumkan persembahan istimewa sempena minggu setiausaha bersama Dayang Nurfaizah pada 25 April depan, di sebuah hotel di Bandar Baru Bangi, di sini.

Jamal dan Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah, bernikah di Ipoh, Perak pada 1 April tahun lalu.

Bercerita lebih lanjut mengenai perkahwinannya, Jamal memberitahu, biarpun jodoh diatur keluarga dengan jarak perbezaan usia 35 tahun, Izzati cukup disayangi dan dihargainya.

“Isteri adalah anugerah Tuhan yang paling indah. Bukan soal sedia memperkenalkan dia atau sebaliknya, isteri adalah peneman setia ke mana saja saya pergi,” katanya.

Tambah Jamal, mereka hanya berkawan dua bulan sebelum berkahwin.

“Itu pun kami hanya berjumpa sekali saja sebelum bernikah. Ini kerana kami sibuk membuat persediaan bernikah,” katanya.

Akui Jamal, selain keperibadian isteri yang lembut, anak-anak yang senang dengan wanita itu membuatkan dirinya yakin Izzati adalah pilihan tepat.

Ini adalah perkahwinan keempat buat penyanyi lagu Kekasih Awal dan Terakhir ini. Sebelum ini, Jamal berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 17, hasil perkahwinannya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 11, daripada isteri ketiganya, Fatimatuzahrah.

Sumber : BH Online

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top