fbpx
Now Reading
[VIDEO] Drone Selamatkan Nyawa Budak Lelaki Daripada Dibaham Jerung

[VIDEO] Drone Selamatkan Nyawa Budak Lelaki Daripada Dibaham Jerung

[VIDEO] Drone Selamatkan Nyawa Budak Lelaki Daripada Dibaham Jerung 1

Ikan jerung merupakan binatang pemburu yang berada dimana-mana kawasan laut, dan kebanyakan perenang serta pelayar sudah maklum dengan bahaya yang menanti dan sentiasa berhati-hati. Hal ini kerana, apa-apa sahaja binatang bahaya boleh bersembuyi dibawah lautan dan boleh menyerang kita tanpa amaran.

Artem Tkachenko yang sedang menerbangkan drone miliknya untuk  drone terkejut apabila ia merakamkan sekumpulan ikan jerung kecil berenang ke arah kaki air. Tindakan beliu secara tidak sengaja menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak lelaki sedang berenang diperairan tenang pantai Bahamas.

Melalui rakaman drone miliknya, ia menunjukkan sebaik sahaja kanak-kanak lelaki tersebut melompat ke dalam air, lantas kumpulan jerung itu terus menerpa kearahnya.  Pantas, Tkachenko bertindak dengan menjerit memanggil budak lelaki berkenaan untuk keluar daripada situ sebelum sempat jerung-jerung itu sampai kepadanya.

“Syukurlah dia mendengar jeritan saya.” katanya selepas kejadian tersebut.

Dari pantai pasti anda tidak akan perasan bayang jerung terbabit kerana ia berada dekat dengan pasir laut.  Ini bukanlah kali pertama berlaku apabila baru-baru ini juga seorang wanita telah diserang oleh ikan jerung dilengannya ketika sedang terapung usai menjalankan aktiviti snorkeling.

See Also
Lagi Rakaman Dashcam Kereta Lawan Arus di Mex Highway 2

Kanak-kanak tersebut bernasib baik tidak menjadi makanan jerung pada hari itu.  Setiap tahun pasti akan ada tragedi yang melibatkan ikan jerung ini dilaporkan berlaku.

Sumber : NTDTV

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.