Now Reading
Trauma, Cincin Tersekat di Jari, Ning Baizura Berterima Kasih Kepada Bomba

Trauma, Cincin Tersekat di Jari, Ning Baizura Berterima Kasih Kepada Bomba

Ning Baizura, dalam satu perkongsian di Instagram beliau menceritakan satu kejadian yang mencemaskan apabila cincin berbentuk ikan yang dipakainya dalam satu persembahan tersekat di jari tengahnya semalaman.

Setelah usaha untuk mengeluarkan cincin tesebut menggunakan beberapa tips dari internet tidak berjaya, malahan jari beliau semakin membengkak. Ning  terus mendapatkan rawatan di klinik berdekatan, sebelum dicadangkan oleh pihak klinik untuk terus merujuk kepada balai bomba berdekatan kerana kekurangan kelengkapan untuk menanggalkan cincin tersebut.

Ning kemudian bergegas ke Balai Bomba Jalan Pantai, KL untuk mendapatkan  bantuan lanjut.

Dalam video terbabit , bomba dilihat menggunakan beberapa peralatan untuk  memotong cincin berkenaan dan setelah beberapa peringkat akhirnya cincin tersebut berjaya ditanggalkan. Dapat diihat juga kesan membengkak di sekitar jari tengahnya seperti yang diceritakan penyanyi tersebut.

Ning dalam ucapan di Instagram TV nya lagi  turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih beliau kepada pasukan bomba yang telah membantunya mengeluarkan cincin  tersebut.

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.