fbpx
Now Reading
Lagi Rakaman Dashcam Kereta Lawan Arus di Mex Highway

Lagi Rakaman Dashcam Kereta Lawan Arus di Mex Highway

Lagi Rakaman Dashcam Kereta Lawan Arus di Mex Highway 1

Nampaknya isu kenderaan melanggar arus ni semakin menjadi-jadi di negara kita. Bulan lepas baru sahaja kita di gemparkan dengan video sebuah kereta Perodua Alza yang dipandu sedemikian di MRR2.

Yang terbaru, semalam, 26 September, seorang pemandu berjaya merakam situasi yang sama tapi kini di Lebuhraya MEX menggunakan dashcam miliknya. Klip video tersebut yang memperlihatkan sebuah kenderaan Jenis Perodua Myvi berwarna putih dengan aksi bahaya menyusur laju melawan arus sehingga menyebabkan kenderaan si perakam terpaksa menganjak sedikit bagi mengelak dari berlanggar.

Lagi Rakaman Dashcam Kereta Lawan Arus di Mex Highway 3
Foto dari Facebook

Difahamkan kejadian berlaku berdekatan International Medical University di arah Kuala Lumpur-Putrajaya.

Rakaman dashcam berkenaan yang dikongsikan di Facebook menarik perhatian netizen dan dalam sekelip mata klip berkenaan menjadi viral.

Tonton video tersebut di bawah:

[π™‡π™–π™œπ™ž π™†π™šπ™¨ 𝙇𝙖𝙬𝙖𝙣 π˜Όπ™§π™ͺ𝙨]Rakaman dashcam kes lawan arus di Lebuhraya MEX berhampiran IMU Bukit Jalil pada petang tadi..#𝙄𝙍𝙅𝙋#π™„π™£π™›π™€π™§π™€π™–π™™π™—π™‘π™€π™˜π™ 

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, 26 September 2019

Bahaya betolkan??

Bayangkan kalau ada motor atau kereta di lane paling kanan??
Lagi-lagi ianya berdekatan selekoh yang menjarakkan penglihatan kan?

See Also
Aishah Azman Pernah Menumpang Rumah Syafie Naswip?Singkir Adik Angkat? Pengurus Syafie Naswip Dedah Cerita Sebenar Disebalik Cerita Putus Tunang 2

Lagi Rakaman Dashcam Kereta Lawan Arus di Mex Highway 4

Rata-rata netizen mengecam hebat tindakan pemandu Myvi berkenaan, malah ramai juga berpendapat sudah sampai masanya pihak berkuasa mengambil serius perkara ini.

Lagi Rakaman Dashcam Kereta Lawan Arus di Mex Highway 5
Lagi Rakaman Dashcam Kereta Lawan Arus di Mex Highway 6
Lagi Rakaman Dashcam Kereta Lawan Arus di Mex Highway 7
Lagi Rakaman Dashcam Kereta Lawan Arus di Mex Highway 8

Tidak kurang juga yang mengaitkan jenis kenderaan

Lagi Rakaman Dashcam Kereta Lawan Arus di Mex Highway 9

Setakat artikel ini ditulis video berkenaan sudah  mendapat 1200 komen dan 470 perkongsian.

Β© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.