Connect with us

News

Bantuan Khas Satu Bulan Gaji Kepada Penjawat Awam Negeri Selangor

Penjawat awam Selangor akan menerima bantuan khas kewangan sebanyak satu bulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidifitri.

Pemberian bantu khas tersebut diumumkan Menteri Besar negeri tersebut, Amirudin Shari pada majlis Rapat Ramadan Bersama Kakitangan Awam Selangor 2019 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz pada Jumaat.

 

Menurut laporan portal Selangorkini, bantuan di bawah Insentif Mahabbah Ramadan akan dibayar kepada kesemua 19,244 penjawat awam pada 7 Jun depan.

“Kerajaan Selangor memperuntukkan RM33.84 juta untuk insentif ini. Kami juga menyediakan bantuan khas berjumlah RM1,000 kepada 739 orang kakitangan persekutuan yang berkhidmat di negeri ini.

“Kerajaan negeri turut membuat keputusan memuktamadkan jumlah bantuan khas kewangan sebanyak tiga bulan gaji untuk tahun ini.

“Ini bermakna bantuan khas kewangan pada akhir tahun ini adalah penambahan dua bulan gaji berasaskan mata pencapaian prestasi yang diperolehi ketua jabatan,” kata Amirudin.

Sumber : Awani.com

Popular

Dirasakan Terbaik Untuk Mereka Berdua, Aliff Aziz dan Bella Astillah Sah Bercerai

Trending

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

Gambar Tidur Aliff Aziz Bersama ‘Gadis Seksi’ Tersebar di Media Sosial?

Trending

Connect