fbpx
Now Reading
‘Nyawa Lebih Penting, Saya Tidak Kisah Dikecam,” Bilal Jemput Mangsa Banjir Bukan Islam Berteduh Di Surau

‘Nyawa Lebih Penting, Saya Tidak Kisah Dikecam,” Bilal Jemput Mangsa Banjir Bukan Islam Berteduh Di Surau

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berikutan banjir yang melanda negeri Pulau Pinang, banyak tempat terjejas teruk hinggakan jalan juga dinaiki air.

Seorang bilal surau, Sapno Tukijo, 50 tahun, di kawasan Taman Free School, Georgetown, Pulau Pinang menjadi tular apabila dia tekad untuk menolong sekumpulan lelaki dan wanita berbangsa Cina serta menempatkan mereka di surau berkenaan.

Menurutnya, ramai penduduk cuba menyelamatkan diri tapi arus yang deras membuatkannya mempelawa mereka menumpang di surau.

Selain itu, jumlah sebenar mangsa ditempatkan di surau tersebut adalah seramai 70 orang terdiri daripada masyarakat Cina dan India yang tinggal berdekatan.

Walaupun Sapno tahu tindakannya bakal dikecam orang ramai, tetapi dia tetap nekad untuk membantu mereka yang dalam kesusahan kerana dia hanya memikirkan keselamatan mereka.

“Saya tahu ada yang akan mengecam tindakan itu, namun saya akan berasa lebih bersalah sekiranya melihat mereka tanpa arah tujuan atau lebih buruk dihanyut arus deras,” jelasnya.

Sumber dari Fb Oh Media

Malah, tindakannya turut mendapat pelbagai reaksi tetapi masih ramai yang menyokong tindakannya itu yang disifatkan sebagai sangat berperikemanusiaan serta harus dicontohi oleh orang lain.

Di samping itu, pihak Juara Liga Super Malaysia Keempat Johor Darul Ta’zim (JDT) akan memberi hadiah kemenangan Piala Malaysia kepada mangsa banjir Pulau Pinang, menurut Tunku Tun Aminah.

Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim yang juga presiden kelab tersebut membuat pengumuman di akaun laman sosial rasmi Facebook Johor Southern Tigers, semalam.

Menurut baginda, antara dasar-dasar kelab JDT yang dinyatakan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim adalah untuk memberi bantuan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

“JDT dan para pemainnya telah memutuskan untuk memberikan wang hadiah Piala Malaysia kepada mangsa banjir di Pulau Pinang,” titahnya.

Walaupun masih dalam suasana gembira, Tunku Tun Aminah masih tidak melupakan mereka yang dalam kesusahan akibat bencana alam.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian, The Star

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.