Trending

Bengang Kerata Tak Dialihkan, Langgar Je!

Tindakan parkir kenderaan di belakang sebuah pacuan empat roda untuk berjumpa rakan mengundang padah buat pembantu khas kepada bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dilanggar lebih lima kali di Jalan Dato Poo Yew Choy di sini, pada Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, Wong Thiem Chong dikatakan parkir keretanya jenis Honda City di belakang sebuah Toyota Hilux sebelum keluar berjumpa rakannya.

Difahamkan, tidak sampai beberapa minit mangsa parkir, seorang lelaki yang juga pemilik Toyota Hilux membuat tindakan agresif dengan merempuh kereta mangsa secara mengundur.

Kejadian itu turut dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Yusuf Unis berkata, pihaknya menerima laporan dari kedua pemilik kenderaan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Siasatan awal mendapati Thiem Chong parkir keretanya secara ‘double park’ di jalan tersebut kemudian meninggalkan kenderaannya untuk minum bersama rakannya di premis berhampiran,” katanya.

Yusuf berkata, pemilik kenderaan sudah membuat laporan polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber : Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top