fbpx
Now Reading
TMJ Terima Ucapan Hari Ulangtahun Keputeraan Daripada David Beckham

TMJ Terima Ucapan Hari Ulangtahun Keputeraan Daripada David Beckham

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bertuah sungguh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim apabila menerima ucapan hari ulangtahun keputeraan daripada pemain bola sepak terkenal dunia, David Beckham hari ini.

Beckham menerusi akaun Instagramnya menulis ucapan tersebut khusus buat TMJ bersama sekeping foto bersama.

“To my friend the Crown Prince of Johor, wishing you a Blessed Birthday and look forward to seeing you in Singapore soon,” tulis Beckham

TMJ menyambut hari keputeraan ke-34 tahun hari ini.

Bintang bola sepak legenda England itu pernah berkunjung ke Malaysia sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival sekitar September tahun lalu.

Dalam kunjungan itu, Beckham sempat bertemu dengan TMJ dan merakamkan gambar kenangan bersama.

Beckham turut menerima jersi JDT No. 7 daripada Tunku Ismail.

A post shared by David Beckham (@davidbeckham) on

Terdahulu, TMJ pernah bertemu dengan Beckham pada Julai 2017 ketika menghadiri makan malam di Singapura.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.