Connect with us

News

Buat ‘Kerja’ Masa Solat Subuh

Sanggup bangun awal ke masjid dan berpura-pura menunaikan solat Subuh sebelum melarikan beg milik jemaah.

Itu tindakan seorang lelaki yang melakukan samun di sebuah masjid di Taman Ibu Kota, Setapak dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 pagi, lelaki berkenaan menunggu sehingga jemaah sujud sebelum masuk ke dewan solat dan melarikan beg jemaah wanita.

Mohd Faiz Hashim, 38, menantu kepada Aziah Wan Abdullah, 66, yang menjadi mangsa dalam kejadian itu berkata, kerugian ibu mentuanya dianggarkan berjumlah RM2,000.

“Kejadian berlaku ketika ibu menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid itu. Sebaik bangun dari sujud, jemaah wanita yang duduk di sebelah ibu menjerit memaklumkan lelaki mengambil begnya.

“Ibu bersama jemaah wanita itu cuba mengejar lelaki berkenaan namun tidak berjaya,” katanya, semalam.

Beberapa video dan gambar mengenai kejadian itu tular sejak malam kelmarin yang memaparkan seorang lelaki masuk ke dewan solat di sebuah masjid mengambil beg jemaah wanita.

Dalam satu video menunjukkan lelaki berkenaan mundar-mandir di kawasan masjid sebelum masuk ke dewan solat, malah wajahnya juga boleh dilihat dengan jelas daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di situ.

“Beg ibu mengandungi telefon bimbit, buku nota, buku doa, cermin mata dan wang tunai RM20. Ibu sudah membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan Muhamad Najib Hamzah, ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Muhammad Hafiz di talian 016 8741898 atau Asisten Superintendan M Hussin 017 2446363/03 92899222,”

katanya.

Sumber : Harian Metro

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect