fbpx
Now Reading
Proton Cemerlang Jual Lebih 100,000 Unit Tahun 2019

Proton Cemerlang Jual Lebih 100,000 Unit Tahun 2019

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

PROTON menutup tirai 2019 dengan penuh jayanya apabila syarikat perusahaan pertama negara itu berjaya mencatat pencapaian penting sepanjang tahun lalu dengan mencatatkan jualan 100,821 unit, sekaligus memecah rekod berjaya melepasi paras lebih dari 100,000 ribu unit sejak tahun 2015

Peningkatan sebanyak 55.7 peratus berbanding jualan tahun 2018, mengangkat nama PROTON dalam senarai top 5 untuk tahun 2019 dalam kalangan jenama automotif di Malaysia. 

Antara faktor faktor kepada pertumbuhan jualan PROTON bagi tahun ini adalah model SUV, Proton X70 yang mencatatkan jualan memberangsangkan serta empat model lama yang di naik taraf bagi tahun 2019.

Hasil jualan yang begitu memberangsangkan, malah Proton X70 berjaya mencatat rekod sebagai SUV premium terlaris di Malaysia di tahun pertama keluarannya.

Malah X70 berjaya mengekalkan posisi paling teratas bagi segmennya untuk sepanjang tahun dengan jumlah jualan sebanyak 26,331 unit.

Jualan model lain seperti Proton Saga juga terus meningkat dengan catatan jualan sebanyak 38,144 unit, dan Proton Persona pula dengan 21,876 unit, jumlah tertinggi bagi model itu sejak Mac 2012.

GAMBA

Prestasi Proton Iriz dan Exora juga tidak kurang hebatnya dengan Iriz mencatatkan jualan hampir dua kali ganda untuk tahun ini dan terus meningkat sebanyak 97 peratus selepas pelancaran model baru a bulan April.

Bagi Exora versi terbaharu pula yang diperkenalkan pada akhir bulan Mei lalu, menunjukkan pertumbuhan jualan sebanyak 40 peratus. Catatan jualan yang meningkat secara konsisten itu bermaksud model itu menamatkan 2019 sebagai MPV segmen C terbaik di Malaysia, iaitu pencapaian terbaik bagi sebuah model yang telah berada di pasaran lebih sepuluh tahun yang lalu. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.