News

Cara Mudah Ketahui Keputusan PRU14 Secara Live

Begitu ramai rakyat Malaysia yang dilihat sedang beratur di Pusat Mengundi di daerah masing-masing, tidak kira tua mahupun muda. Mesti anda ternanti nanti siapa yang bakal memerintah negara untuk tempoh 5 tahun akan datang.

Bersempena dengan Pilihanraya Umum Ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018, sebuah laman web baru sahaja dibangunkan dalam memaparkan peta interaktif bagi membolehkan anda mengetahui keputusan pilihanraya.

Masuk sahaja kepada laman ini, anda akan diperlihatkan dengan peta Malaysia yang dibahagikan kepada dua warna iaitu pihak Barisan Nasional yang mewakili warna biru serta pihak pembangkang yang mewakili warna merah.

Menariknya, anda berpeluang mengetahui keputusan secara live sebaik sahaja proses pengiraan undi selesai dibuat. Jumlah pengundian serta peratusan majoriti anda yang turut dipaparkan.

Setakat ini laman web GE14MAP telahpun sedia untuk diakses dan turut memaparkan keputusan daripada PRU13. Anda boleh klik di sini untuk ke laman GE14MAP dan jangan lupa untuk sebarkan kepada rakan-rakan anda yang turut semangat untuk mengetahui keputusan PRU14 secara live. Selamat mengundi kami ucapkan buat anda semua.

Sumber : The Vocket

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Popular

To Top