Connect with us

Gaya Hidup

Dengan Bajet RM250 Anda Boleh Lakukan Deko Ringkas Bilik Tidur, Dapur & Tandas. Murahnya!

Ramai menyangka jika mahu mengubah dekorasi bahagian rumah pasti akan berbelanja besar kerana harga barang-barang yang digunakan mahal.

Namun, seorang pengguna Facebook, Nur Diyana, membuat makeover bahagian bilik tidur, dapur dan tandas rumahnya dengan bajet yang agak murah iaitu bawah RM250.

1. Bilik tidur

Kita transform almari ni, nampak mahal kan padahal bajet bawah RM30.

Sebelum … Kusam je tengok kan?

Selepas, as simple as it can be. Tak suka banyak barang.

2. Dapur

Sebelum.

Selepas. Table top tu saya balut dengan wallpaper PVC Kaison, bukan plain tau, ada corak halus-halus je line dia. Sebabkan PVC dia nampak kilatlah kot.

Langsir/tirai tu saya guna 2 keping termasuk yang bawah sinki, beli kat Daiso. Penyangkut bulat-bulat tu memang dah ada sekali dalam paket tu ye. Rod boleh laras panjang tu pulak saya beli kat Super99 Serdang, RM 3.99 setiap satu, saya guna 3 batang. Saya sangkut rod tu guna penyangkut baju kecil-kecil tu je, lekatkan dengan hot glue gun bagi kuat.

Love the details! Tiles tu sticker beli kat eco shop 1 plastik ada 6 keping baru RM2.12, saya beli 3 plastik. Peringatan mesra: mungkin tak berapa sesuai untuk yang ada anak kecil yang masih lasak sebab boleh roboh tirai ni kalau renyah sangat. Nak kuat boleh drill je guna kain yang dijahit dengan velcro, tak payah guna shower curtain. Kalau macam saya takpelah rumah bujang duduk bertiga aje.

Semua ni saya beli kat Eco Shop, rak tu di ikea. Zoom in sikit wallpaper kaison balut table top.

Sengaja saya biarkan dinding merah tu kaler asal, nak nampakkan kelainan gitu. Kebetulan saya memang ada frame warna senada saya letak lah kat situ.

Simple and minimalist. Cara pasang langsir bawah tu: kredit pada owner Puan Ayza Nur.

Langsir asal boleh. Sy guna alas meja RM 1.70 dr MR.DIY ajeeee.

Bajet deko dapur. Yang tak tulis tu means sy dah lama ada barang tu , jadi sy listkan apa yg sy beli sahaja.

3. Tandas

Before: Dah puas tonyoh tak hilang juga soap scum jadi kita guna wallpaper pvc (kalis air kalis haba) sama macam kat dapur tapi kali ni warna hijau sbb nak sama dengan lantai dan dinding asal. Lumut-lumut tu dah jirus chlorin, sental, tunggu kering dan cat.

After: Wallpaper satu roll tak habis, langsir dari alas meja eco shop yang dilipat dua, sangkut dengan penyangkut baju.

Sumber: Fb Nur Diyana

Popular

Foto selebriti Indonesia berbogel di Kuala Lumpur tersebar

Trending

Neelofa Tersalah Muat Naik Gambar Tidak Berhijab

Hiburan

“Dalam Dewi Remaja Bertudung, Masuk Kelab Pakai Bikini

Trending

Pertama Kali Dalam Sejarah Gelaran Dewi Remaja Ditarik Balik

Hiburan

Connect