Connect with us

Trending

Didenda RM2 Ribu, Lan Pet Pet Mengaku Bersalah Pukul Pengawal Keselamatan

Pelawak Mazlan Ahmad, 50 atau Lan Pet Pet didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, selepas mengaku bersalah memukul seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati, Nilai pada 6 April lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, hukuman itu dijatuhkan sebaik pelawak berasal dari Kedah itu mengaku salah di atas pertuduhan dikenakan terhadapnya.

“Kes dianggap selesai kerana pelakon ini sudah dihadapkan di mahkamah dan didenda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, akhbar ini pada 7 April lalu melaporkan seorang pengawal keselamatan berusia 70 tahun cedera ditumbuk dan diterajang pelawak terbabit di perkarangan pondok pengawal di taman perumahan itu.

Dalam kejadian 8 malam, pelakon terbabit yang memandu Proton Perdana memasuki kawasan berkenaan itu tanpa memberhentikan kenderaan dan menulis butiran diri dalam buku pelawat.

Pelawak yang menganggotai kumpulan Senario pada 1998 dikatakan mengejar sebuah kereta milik penduduk dan berlaku pertengkaran di hadapan sebuah rumah.

Disebabkan itu, pengawal itu menutup palang keselamatan menyebabkan kenderaan yang dipandu Mazlan tidak dapat keluar.

Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa ditumbuk di muka sebanyak tiga kali selain ditendang pada pinggang. Pelawak itu juga bertindak membaling batu ke arah mangsa.

Akibat kejadian, polis bertindak menahan pelawak berkenaan pada 7 April tetapi dibebaskan dengan jaminan polis.

Sumber : Harian Metro

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect