fbpx
Now Reading
Gotong Royong Bina Rumah Baru Untuk Makcik
bina harapan rumah kampung

Gotong Royong Bina Rumah Baru Untuk Makcik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cerita yang penuh dengan inspirasi! Individu bernama Wong Tack sering membantu orang miskin di kawasan pendalaman Pahang. Ini ceritanya:

“Beberapa minggu yang lalu, saya telah mengunjungi seorang janda, yang tinggal jauh di pedalaman Pahang iaitu Batu Talam, Raub. Makcik tersebut terpaksa pindah keluar dari rumah usangnya yang telah runtuh dan kini menumpang di dapur rumah jiran.

Hati saya amat tersentuh setelah mendengar cerita penderitaan Makcik selama ini. Permintaan makcik cuma satu. Katanya, “Buat satu kotak pun sudah cukup. Asalkan dapat berlindung dari hujan dan matahari.” Saya memegang tangannya dan berjanji,” Makcik, kami akan bina semula rumah makcik.”

Dengan itu mulalah projek Bina Harapan – beliau mendapat pertolongan dari pelbagai lapis masyarakat yang menyumbang duit, tenaga kerja dan bekalan untuk menbina balik ruman Makcik tu.

bina harapan rumah kampung
Rumah Makcik yang runtuh
bina Harapan rumah runtuh
Sedih sangat melihat keadaan rumah Makcik
bina Harapan rumah makcik
Gotong Royong bina Harapan
bina Harapan rumah makcik
sungguh berinspirasi

Memang payah nak bayangkan susahnya Makcik tinggal dalam rumah ni. Tapi masih ada lagi orang yang peduli dan sanggup tolong orang yang susah, sampai bina balik rumah.

bina Harapan
Makcik dengan saudara Wong Tack
bina Harapan
Siap dengan kebun lagi!
Makcik dengan rumah baru

Sumber: FB Wong Tack 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.