fbpx
Now Reading
[FOTO] 2 Beradik Sekolah Rendah Bina Model Replika Ysuku dan Bengkel Hanya Dengan Kotak! Kreatif Sungguh!

[FOTO] 2 Beradik Sekolah Rendah Bina Model Replika Ysuku dan Bengkel Hanya Dengan Kotak! Kreatif Sungguh!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dewasa ini boleh dikatakan majoriti kanak-kanak lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan menggunakan peranti teknologi seperti komputer dan telepon pintar. Namun lain pula kisahnya bagi dua beradik ini .

Menerusi perkongsian ibu mereka , Norin Puteh di Facebook, dua beradik ini , Adam dan Azim dilihat lebih gemar menghabiskan masa lapang mereka dengan membina model replika kenderaan ; satu hobi atau kerja seni halus yang jarang diminati anak kecil.

Adam (kiri ) dan Azim (kanan) bersama koleksi Y15 mereka. Foto : Nurin Puteh

Yang menariknya kedua beradik ini pada awalnya hanya menggunakan kotak terpakai  dalam menghasilkan kerja seni mereka sebelum beralih dengan menggunakan mounting board .

Hasilnya?

Anda tengok sendirilah bagaimana kanak-kanak sebenar ini mampu menghasilkan replika kenderaan  dengan kualiti yang sangat memuaskan ! antara koleksi hasil seni mereka motor kegilaan ramai iaitu Y15 atau Ysuku dan Yamaha R15

Tidak cukup dengan itu mereka turut membina miniature bengkel untuk motorsikal tersebut

Dan juga 4×4 jenis Toyota Hilux untuk ‘mengangkut’ motorsikal tersebut

Mereka juga turut membina pengangkutan berat seperti Lori

Siap dengan no plat .

Tidak ketinggalan jentera berat seperti mesin korek padi. Kreatif sungguh Adam dan Azim ni

Dan mereka dikatakan sedang dalam proses membina kapal korek pula. Wow ! Teruskan hobi yang menarik ni dik!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.