Connect with us

News

Dua Kanak-Kanak Retak Tulang Rusuk Dipijak Bapa

Seorang bapa ditahan polis selepas dia dipercayai mendera dua anak kandungnya di rumah mereka di Taman Tun Sardon, George Town, Pulau Pinang.

Lelaki berusia 53 tahun itu dikatakan memukul dua anak lelakinya berusia 11 dan 13 tahun sehingga kedua-duanya mengalami lebam di mata dan retak pada tulang rusuk akibat dipijak.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu ditahan pada Khamis selepas pihak polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai kejadian yang menimpa dua kanak-kanak itu.

Che Zaimani berkata, dua beradik itu melarikan diri dari rumah mereka pada awal Mac lalu dan hidup menumpang di rumah rakan serta tidur di astaka berhampiran sebuah pangsapuri di Bukit Gambir selepas tidak tahan dipukul bapa mereka.

Nasib malang dua beradik itu, mendapat perhatian seorang pengawal keselamatan yang kemudian menyerahkan mereka kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut dan JKM mengesyaki kedua-duanya didera apabila melarikan diri dari rumah sejak awal bulan lalu.

Hasil siasatan, kanak-kanak itu memaklumkan kali terakhir mereka dipukul oleh bapa kandung mereka ialah antara Disember dan Januari lalu sehingga mengalami lebam di mata serta retak pada tulang rusuk akibat dipijak.

Lebih malang mereka memberitahu tidak pernah menerima rawatan perubatan setiap kali didera bapa.

Che Zaimani berkata, dua beradik itu tinggal bertiga bersama suspek sejak mereka kecil selepas lelaki itu bercerai dengan isterinya.

Kanak-kanak itu kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber : Awani.com

Popular

Kepada Lelaki Yang Mempunyai Masalah ‘Man Boobs’, Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Gaya Hidup

Mulai 1 Mac, Penjawat Awam Bekerja Mengikut Masa Fleksibel

News

Keadaan Jenazah Haziq Seperti Bercahaya dan Tersenyum

News

[VIDEO] Perdana Menteri New Zealand Sifatkan Tragedi Berdarah Christchurch Adalah Serangan Pengganas

News

Connect