Connect with us

Hiburan

Elfira Loy, Faris Khairul Anuar Selamat Bergelar Suami Isteri

Dalam kemaskini terbaru hari ini, Elfira Loy telah memuatnaik sekeping gambar sekitar majlis pernikahan yang dipercayai berlangsung pagi ini.

Pasangan itu dilaporkan selamat disatukan sebagai suami-isteri kira-kira pukul 9.30 pagi di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya.

Elfira dilihat mengayakan busana berwarna putih lengkap dengan vel rekaan Rizman Ruzaini yang pernah tular sebelum ini di laman sosial.

Pasangan itu juga dikatakan akan mengadakan kenduri perkahwinan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan turut dilaporkan mereka bakal mengadakan lima majlis berbeza bagi meraikan hari bahagia mereka.

Elfira atau Nurul Elfira Loy dan Faris Khairol Anuar mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu.

Popular

Foto selebriti Indonesia berbogel di Kuala Lumpur tersebar

Trending

Neelofa Tersalah Muat Naik Gambar Tidak Berhijab

Hiburan

“Dalam Dewi Remaja Bertudung, Masuk Kelab Pakai Bikini

Trending

Pertama Kali Dalam Sejarah Gelaran Dewi Remaja Ditarik Balik

Hiburan

Connect