fbpx
Now Reading
(Video) Kerana Tak Faham Bahasa Inggeris, Permain Pool Ini Nyanyi Lagu “Apple Pen” Ketika ‘Jawab’ Soalan Wartawan

(Video) Kerana Tak Faham Bahasa Inggeris, Permain Pool Ini Nyanyi Lagu “Apple Pen” Ketika ‘Jawab’ Soalan Wartawan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerana tidak tahu berbahasa Inggeris, seorang pemain pool daripada Jepun nampaknya telah menghiburkan penonton secara Live ketika ditemuramah wartawan Sky Sports.

Permain tersebut, Naoyuki Oi yang baru sahaja menang mengatasi permain China Cheng Yu Hsuan, dalam kejohanan World Pool Master di Gibraltar, telah dihampiri wartawan Tony Wrighton untuk ditemuramah.

Dia telah ditanya tentang kemenangannya dan menjawab, “Nama saya Naoyuki Oi. Tahniah kepada saya!”

Dia kemudiannya ditanya soalan kedua, apa yang menarik dia telah ‘menjawab’ soalan tersebut dengan beberapa rangkap dari lagu Pineapple Pen yang popular tahun lalu.

Dan apabila ditanya jika dia mampu memenangi kejohanan itu, Oi dalam nada selamba menjawab, “Tak ada masalah”.

 

 

Dia bagaimanapun telah tewas di peringkat suku akhir dan dia sekali lagi ditemuramah.

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.