fbpx
Now Reading
Gadis Mualaf Dapat Sokongan Ayah Untuk Berhijrah

Gadis Mualaf Dapat Sokongan Ayah Untuk Berhijrah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang gadis yang dikenali sebagai Isabella Dickson Abdullah bertuah mempunyai seorang bapa yang memahami penghijrahan anaknya ke agama Islam, beberapa hari lepas.

“Anda tahu perkara dan hari apa yang paling terbaik pernah tejadi dalam hidup saya? Mendapat restu daripada ayah untuk ‘berhijrah’. Saya rasa diberkati,” katanya menerusi laman Twitter @SabellDickson.

Menurut Isabella, minat terhadap Islam mula dipupuk sejak dia menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan dia dikelilingi rakan-rakan beragama Islam.

“Saya suka mencari ramai kawan baharu, dan dikelilingi kawan-kawan beragama Islam, jadi perasan ingin tahu (mengenai Islam) semakin bertambah. Perlahan-lahan nak ambil tahu pasal semua.

“Tetapi, perkara paling susah Bell nak bagitahu ibu bapa yang Bell nak convert (berhijrah). Masa di UiTM, Bell belum lagi ada keberanian nak terangkan semuanya kepada ayah sebab Bell ada dua orang je (saja) perempuan dalam adik beradik.

“Mungkin susah untuk ayah Bell nak lepaskan Bell … tetapi ayah akan okey keesokan hari bila Bell beritahu dia. Bell berharap mendiang ibu masih ada di sini … Saya ingin katakan saya bersyukur ayah tidak pernah halang anaknya mencari kebahagiaan sendiri,” katanya.

Luahan perasaan Isabella itu membuat warga maya terharu dan rata-ratanya mengucapkan syukur dan mendoakan supaya dia dapat menyesuaikan diri dalam ‘suasana’ baharu itu.

“Alhamdulillah. Syukur. Semoga bertambah kemanisan dalam mengenali Islam,” katanya.

Sumber: Utusan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.