fbpx
Now Reading
Adam Corrie Lee Mahu Anak Hafal Al-Quran Dahulu

Adam Corrie Lee Mahu Anak Hafal Al-Quran Dahulu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon Adam Corrie Lee, tidak menghalang jika anaknya, Adam Fateh Lee, yang baru berusia setahun mahu membabitkan diri dalam bidang lakonan apabila dia dewasa nanti.

Walaupun begitu, Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah, 51, berkata, keinginan itu diberi bersama syarat, bahawa anaknya perlu menghafal dan memahami isi kandungan al-Quran sebelum melangkah ke dunia glamor.

“Sebagai ayah, saya turutkan apa sahaja yang anak mahukan, asalkan membawa dirinya ke arah kebaikan. Begitu juga jika Fateh mahu terbabit dalam industri hiburan.

“Saya terbuka dalam perkara itu, tetapi dengan syarat, dia perlu menghafal dan memahami al-Quran dahulu,” katanya.

Adam percaya dengan pegangan agama yang kuat, setiap langkah dan tindakan Fateh akan dilakukan dengan penuh berhati-hati. Katanya lagi, mendalami al-Quran juga dapat membantu rakan seperjuangan yang memerlukan bimbingan dan kefahaman mengenai Islam.

“Ilmu sangat penting dalam hidup, malah setiap kali berdepan dengan kemusykilan, kita dapat memberikan jawapan berlandaskan ajaran al-Quran.

“Ia secara tidak langsung, mengelakkan diri daripada terpengaruh perkara yang tidak baik. Ke mana sekalipun kita pergi, kita pasti akan berbalik kepada ajaran al-Quran jika diterapkan dengan asas agama yang kukuh,” katanya.

Adam berkata, dia dan isteri turut merancang untuk mendapat anak kedua, namun mereka perlu terlebih dahulu merujuk pandangan doktor.

“Ketika mengandungkan Fateh enam bulan, isteri mendapat darah tinggi dan kami hampir kehilangan anak sulung. Untuk zuriat seterusnya, jika kesihatan isteri baik dan doktor izinkan, kami akan cuba.

“Semua itu bergantung pada rezeki. Memiliki Fateh adalah nikmat yang tidak ternilai. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya doa kami mendapat zuriat dimakbulkan,” katanya

Sumber: BH Online

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.