Connect with us

News

Gadis 11 Tahun Hilang Selama 11 Hari Ditemui Tanpa Organ Dalaman

Gambar: Oh My Media

Misteri kehilangan seorang gadis berusia 11 tahun akhirnya terjawab. Gadis yang hilang itu bernama Siti Masyitah Ibrahim dan telah ditemui pada Sabtu, 9 Februari 2019.

Mayat Siti Masyitah itemui dalam keadaan amat tragis dengan tangan dan kakinya diikat, selain beberapa organ dalamannya hilang. Mayat kanak-kanak itu ditemui beberapa orang kampung di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan.

 

Menurut keterangan ibu mangsa, Zaleha Abdullah, anaknya keluar menunggang basikal berseorangan selepas meminta RM1 untuk ke kedai runcit pada 30 Januari lepas. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pekan pada malam 30 Januari selepas usaha mencari dan mengesannya menemui jalan buntu.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek telah mengesahkan penemuan mayat itu. Walau bagaimanapun,  maklumat berhubung kematian mangsa akan dikeluarkan selepas proses bedah siasat selesai.

“Saya mengesahkan menerima maklumat kes itu. Bagaimanapun, saya tidak boleh memberi pengesahan lanjut mengenai punca kematiannya. Tunggu laporan forensik dan bedah siasat selesai.

“Mayat itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna dipercayai sudah lama meninggal dunia,” katanya kepada Berita Harian.

“Luluh dan berkecai hati saya melihat keadaan anak saya seperti itu,” kata ibu mangsa, Zaleha Abdullah

“Tangan dan kaki diikat, selain mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kepala sudah terpisah daripada badan.

“Beberapa organ dalamannya juga tidak dijumpai. Ketika dia hilang sejak 11 hari lalu, kami sudah mencarinya di kawasan ini tetapi tidak jumpa,” katanya.

“Sepanjang tempoh kehilangannya selama 11 hari, saya sentiasa berdoa supaya Allah SWT menemukan saya dengannya dalam apa juga keadaan. Apabila saya melihat mayatnya, semalam, saya amat sedih.

“Mengapa tergamak melakukan perkara sebegini kejam terhadap anak saya, apa dosanya?” katanya lagi.

Susulan dari kes itu, seorang lelaki berusia 23 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes kematian Siti Masyitah dan mayat mangsa pula akan menjalani proses bedah siasat, hari ini untuk mengetahui punca sebenar kematiannya.

 Sumber: SAYS

Popular

“Hukumnya ‘Harus’ Menceraikan Isteri Dalam Keadaan Hamil” – Da’i Wan

Trending

“Dia memilih untuk meninggalkan saya dan anak yang dikandung ini…” – Isteri PU Abu Diceraikan Ketika Hamil

Trending

“Majlis Kahwin Kot…Bukan Parti Liar” – Majlis Kahwin Ahya Rosli Dikecam Netizen

Hiburan

Suami Guna Timun Pada Isteri Puaskan Nafsu Seks Liar

News

Connect