Connect with us

Gaya Hidup

Ganja Mempengaruhi Tahap Kesuburan Lelaki?

Saintis di Amerika Syarikat mendapati ganja ada kaitan dengan tahap kesuburan lelaki.

Bloomberg melaporkan kenyataan berkenaan dibuat berdasarkan kajian terhadap 600 lelaki yang mengunjungi klinik kesuburan bersama pasangan mereka.

Kajian itu menunjukkan lelaki yang mengaku mengambil ganja mempunyai kiraan sperma yang lebih tinggi berbanding lelaki yang bebas ganja.

 Ia bertentangan dengan kajian sebelum ini yang menunjukkan penggunaan ganja boleh menjejaskan kesihatan reproduktif pengguna.

Kajian terbaharu ini melibatkan 1,143 sampel air mani yang diambil daripada 662 lelaki di antara tahun 2000 dan 2017.

Daripada jumlah berkenaan, 55 peratus mengaku pernah menghisap ganja dan 44 lagi mengaku pernah menyalahgunakan dadah.

Sementara itu, 11 peratus lagi mengaku masih menggunakan ganja.

Analisis daripada sampel air mani menunjukkan lelaki yang pernah menghisap ganja mempunyai jumlah kepadatan sperma sebanyak 62.7 juta sel per mililiter, berbanding hanya 45.4 juta sel per mililiter pada lelaki yang tidak pernah menghisap ganja.

Penyelidik dari Kolej Kesihatan Awam T.H. Chan di Boston, Amerika Syarikat, Dr Jorge Chavarro berkata dapatan yang luar jangka ini menunjukkan masih banyak yang belum diketahui mengenai kesihatan reproduktif serta kesan ganja kepada kesihatan secara keseluruhan.

“Dapatan ini harus dilihat secara berhati-hati dan ia menunjukkan betapa kajian susulan mengenai kesan penggunaan ganja harus dilakukan,” katanya.

Popular

“Saya Sudah Pun Terima Hukuman, Apa Motif Mereka?” – Shahrol Shiro

Hiburan

Nabila kecewa video lagu baharu ‘tiada tontonan’

Hiburan

Pilih ‘Ikat’ Anak Isteri Di Rumah, Ini 7 Sebab Suhaimi Saad Tidak Hantar Anak Ke Sekolah … #5 Paling Touching!

Trending

Mengaku Buka Tudung, Emma Maembong Mohon Maaf

Hiburan

Connect