fbpx
Now Reading
Apple iPhone X Akan Mula Dijual Di Malaysia Bermula 24 November

Apple iPhone X Akan Mula Dijual Di Malaysia Bermula 24 November

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apple Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mula menjual iPhone X di Malaysia bermula 24 November kelak.
Apple iPhone X adalah salah satu model baru iPhone yang membawa lebih banyak perubahan berbanding model iPhone 8 – dan diperkenalkan bersempena dengan ulang-tahun iPhone ke 10.
Melaluinya, ia menyertakan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sokongan pengecasan tanpa wayar, kalis air, rekaan skrin menyeluruh tanpa Touch ID, dan juga penggunaan pengecaman wajah 3D dinamakan Face ID. Apple juga memperkenalkan kaedah baru interaksi melalui telefon pintar ini – sedikit berbeza dengan penggunaan iOS yang lain.
Bagi anda yang inginkannya, mungkin boleh bersedia mendapatkan ia daripada penjual rasmi tempatan pada penghujung bulan ini, dan tidak perlu membazir hampir dua kali ganda wang untuk mendapatkannya daripada penjual set import.
Apple iPhone X akan ditawarkan dalam dua model di Malaysia, iaitu 64GB pada harga RM5149 dan model 256GB pada harga RM5899.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.