fbpx
Now Reading
Rimas Dengan Suasana Perlawanan Bola Sana Sini? Enam Destinasi Yang Anda Boleh Kunjungi Untuk Lari Daripada Keriuhan Bola Sepak

Rimas Dengan Suasana Perlawanan Bola Sana Sini? Enam Destinasi Yang Anda Boleh Kunjungi Untuk Lari Daripada Keriuhan Bola Sepak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjelang musim bola Piala Dunia yang bermula pada minggu ini, pasti suasana di kedai-kedai mamak penuh dengan peminat bola sepak dan tak kurang juga dan peningkatan mendadak cuti sakit pada pagi selepas perlawanan besar. Tapi bukan semua orang meminati bola dan mula rimas dengan suasana tersebut.

BuzzKini ingin kongsikan destinasi pecutian ‘rare’  yang anda boleh kunjungi untuk lari daripada kegilaan musim bola sepak ini.

 

1.Pulau Koror, Republik Palau

 

Kembara ke pulau Pasifik Selatan Palau yang mempunyai banyak kehidupan marin, gunung berapi dan air terjun yang cukup menawan dan menjadi tarikan utama. Palau juga meraih mata bonus kerana tidak memiliki pasukan bola sepak kebangsaan.

Kunjungi  Palau Royal Resort untuk menikmati pemandangan pantai yang awesome!

 

2. Baler, Filipina

 

Bagi pencinta pulau, mungkin anda harus mengunjungi destinasi ini kerana semestinya dipenuhi dengan peminat ‘surfing’ dan dan bukan peminat bola sepak. Dengan pantai pasir menawan dan ombak laut memukau, serta jalan gunung berliku yang indah dan lokasi kembara jalan kaki,anda pasti berasa tenang di sini!

.Resort Costa Pacifica yang cerah dan berangin di Pantai Sabang adalah destinasi yang ideal.

 

3. North West Cape, Western Australia

 

North West Cape yang terletak di Australia Barat menempatkan Taman Negara Cape Range dan  Ningaloo Reef, di sini, anda akan bertemu kehidupan liar eksotik dan lari daripada keriuhan perlawanan bola.. Sal Salis, kem safari eksklusif yang dikelilingi oleh pantai dan semak, menjadikan destinasi  yang ideal untuk meneroka kawasan sekitarnya.

 

 

4. Galle, Sri Lanka

 

Dikenali kerana kriket, bukan bola sepak, anda boleh menikmati kehidupan yang tenang  dan berjalan santai di Galle, Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tiada had anda untuk membeli-belah dalam lawatan ini. Fort Square Boutique Villa, yang terletak di pusat bandar Galle, adalah tempat yang patut dikunjungi.  

 

5. Pulau Pangkor Laut, Malaysia

 

Anda tidak akan berisiko melakukan `offside’ di pulau peribadi milik anda. Pangkor Laut Resort terdiri daripada 140 vila dan 8 estet dalam pulau persendirian seluas 300 ekar, menawarkan privasi menyeluruh dengan pemandangan laut yang sangat menawan.

6. Raja Ampat, Indonesia:

 

 

Raja Ampat adalah tempat yang ideal bagi yang menginginkan ketenangan yang maksima, ketiadaan internet dan Wi-Fi di sana membuat anda akan mudah terleka, apalagi untuk mengingati soal bola sepak. Di Waiwo Dive Resort, anda boleh mengalami pengalaman sesi mengurut dan kelas yoga.

Tapi sebelum itu, muat turun Aplikasi Agoda! Dengan agoda, anda boleh memilih pelbagai tempat penginapan di pelbagai destinasi kerana ia menyediakan rangkaian untuk lebih 1.9 juta penginapan, termasuk apartmen, vila, rumah dan hotel yang disokong oleh lebih 15 juta ulasan pengguna sebenar.

 

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.