fbpx

3 Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Semasa Ibadah Qurban

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ibadah Qurban antara ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Ramai yang mengejar dalam melakukan ibadah ini.

Namun, dalam melakukan ibadah qurban ada beberapa perkara yang kita terlepas pandang dan agak berat. Jadi, sama-samalah kita belajar supaya ibadah kita tidak sia-sia dan diterima Allah s.w.t

1. Memberi Upah Daging Korban Kepada Penyembelih

Secara umumnya menjual daging korban oleh pembuat korban itu dilarang ini telah diketahui oleh kebanyakan kita. Namun ada yang terlupa bahawa syarak juga menetapkan bahawa memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau sebagai sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli. Iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja. Larangan memberikan daging atau selainnya sebagi upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadis-hadis yang sahih yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim. Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:

“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.” (Riwayat al-Bukhari Muslim).

Rujukan: Minda Tajdid

2. Tidak Boleh Makan Daging Qurban Nazar Dan Juga Tidak Boleh Bagi Daging Qurban Kepada Orang Bukan Islam

Haram memakan daging bagi orang yang melakukan qurban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit sebagaimana juga haram memberikan daging qurban tersebut kepada orang bukan Islam

Rujukan: Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban

3. Haram menjual kulit, lemak dan lain-lain

Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulubulunya haram dijual oleh orang melakukan ibadah qurban sama ada qurban wajib atau qurban sunat.

Rujukan: Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban

Sumber : Era.je

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.