fbpx
Now Reading
Burung Lagi Pandai Kutip Sampah

Burung Lagi Pandai Kutip Sampah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah taman tema bersejarah di Perancis melatih enam ekor burung gagak untuk mengutip puting rokok dan sampah sarap bagi mengekalkan kebersihan lokasi pelancongan itu.

Presiden taman tema Puy de Fou, Nicolas de Villiers berkata, insiatif tersebut sebenarnya bertujuan untuk menunjukkan kepada pengunjung bahawa haiwan juga boleh mengajar cara-cara untuk menjaga alam sekitar.

“Tujuan utama bukanlah untuk membersihkan kawasan itu sebab kebanyakan pengunjung yang datang tidak membuang sampah di merata-rata tempat.

Taman tema sejarah itu menawarkan 20 tarikan utama dan menjadi salah satu lokasi pelancongan popular di Perancis.

“Namun, ia lebih kepada mengajar pengunjung bahawa haiwan juga mempunyai kesedaran untuk menjaga alam,” katanya.

Menerusi program itu, burung gagak berkenaan akan diberikan nugget kecil setiap kali mereka meletakkan sampah yang dikutip ke dalam tong sampah.

Taman tema itu merupakan antara tarikan utama di negara Perancis dan ia menawarkan lebih 20 pertunjukan berkaitan peristiwa sejarah.

Malah, pertunjukan burung juga menjadi salah satu segmen yang popular di taman tema itu. – News.Sky

Sumber : Mstar

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.