fbpx
Now Reading
5 Snek Wajib Cuba Jika Anda Pergi FamilyMart

5 Snek Wajib Cuba Jika Anda Pergi FamilyMart

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak mula bertapak di negara ini, rangkaian kedai dari Jepun, FamilyMart, mendapat sambutan yang luar biasa daripada rakyat Malaysia.

Lihat saja ramai yang sanggup beratur panjang demi mendapatkan makanan kegemaran mereka tanpa mengira masa.

Anda wajib cuba lima snek di bawah ini jika anda tidak pernah menjejakkan kaki ke FamilyMart:

1. Oden

Didatangkan dengan dua jenis kuah iaitu pedas dan tidak pedas, anda harus makan Oden dalam keadaan panas kerana ia sungguh enak jika dimakan semasa panas.

2. Aiskrim soft serve

Aiskrim soft serve adalah antara makanan kegemaran ramai serta wajib beli jika singgah. Mempunyai perisa teh hijau dan beberapa perisa limited edition seperti cheesecake.

3. Bento Box

Di sini juga terdapat makanan berat seperti bento box yang akan membuatkan anda kenyang pada waktu tengahari.

4. Strawberi Sando

Roti lembut yang dipenuhi buah strawberi dan krim sedap ini sentiasa cepat habis stok jika anda datang lambat.

5. Air Susu Pisang

Jika anda peminat drama Korea, anda pasti sudah biasa melihat air pisang yang popular di negara tersebut dan kadang-kadang teringin untuk mencuba namun sukar untuk mendapatkannya di Malaysia. Usah risau, FamilyMart ada menjual air pisang sedap ini.

Walau bagaimanapun, pastikan anda membaca bahan-bahan yang digunakan sebelum membeli kerana ada beberapa produk yang tidak halal dijual di kedai rangkaian popular itu.

Sumber: Haqem

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.