fbpx
Now Reading
Fikir Semula Kalau Anda Nak Melawat 4 Bandar Terkotor Di Dunia Ini

Fikir Semula Kalau Anda Nak Melawat 4 Bandar Terkotor Di Dunia Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda hendak keluar melancong, antara perkara pertama difikirkan adalah destinasi pelancongan yang menarik dan pastinya bersih.

Namun, tahukah anda bahawa empat buah bandar ini merupakan yang paling tercemar dan kotor serta menyebabkan penduduknya menghadapi pelbagai masalah kesihatan.

Jika anda sudah merancang untuk melancong ke luar negara, pastikan 4 bandar ini tidak tersenarai dalam destinasi yang ingin anda lawati.

 Mungkin anda boleh tukar perancangan sekiranya ingin melawat ke bandar-bandar tersebut.

1. Delhi (India)

Wilayah Ibu Negara Delhi (National Capital Territory of Delhi, NCT)), merupakan metropolis terluas dan kedua teramai penduduknya di India, dan juga Bandar metropolis kelapan terbesar di dunia.

Delhi diduduki oleh lebih 12.25 juta penduduk dalam wilayah Delhi sahaja, dan seramai 22.2 juta orang di seluruh Kawasan Ibu Negara.

Kebanyakan bandar di India mengalami masalah yang sama iaitu dari segi kebersihan. Dengan kadar populasi yang tinggi iaitu lebih daripada 1.3 billion penduduk, tidak mustahil bagi negara ini tersenarai sebagai negara dengan bandar paling kotor di dunia.

India juga mengalami masalah pencemaran udara dan air yang menyebabkan penduduknya terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan. Namun, kerajaan India sedang giat mencari jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

Delhi merupakan ibu negara dan pusat politik dan kebudayaan India. Delhi yang terletak di tebing Sungai Yamuna pernah menjadi petempatan manusia tanpa henti sejak abad ke-6 SM.

Setelah kebangkitan Kesultanan Delhi, Delhi bangkit sebagai kota politik, budaya dan perdagangan utama di sepanjang laluan perdagangan antara India barat laut dan dataran Gangga.

Delhi memiliki banyak tempat bersejarah yang menarik untuk dilawati. Di sini terdapat tapak bagi pelbagai tugu, tapak arkeologi dan tinggalan zaman purbakala.

Qutab Minar salah satu tempat menarik untuk dilawati di Delhi, merupakan sebuah tinggalan sejarah era pemerintahan Islam.

Jadi adakah Delhi tersenarai dalam destinasi pelancongan anda? Tetapi Delhi mempunyai banyak tempat bersejarah yang menarik untuk dilawati. Mungkin anda perlu berfikir untuk itu jika anda seorang yang gemar pada keindahan alam atau seorang yang takut tikus.

2. Port au Prince (Haiti)

Port-au-Prince ialah ibu negara dan merupakan bandar terbesar Haiti. Bandar ini terletak di Teluk La Gonave. Jumlah rasmi penduduk ini ialah seramai  704,776 orang mengikut bancian 2003, namun dijangka turun dengan banyak berikutan gempa bumi Haiti yang berlaku pada tahun 2010.

Bandar ini didirikan pada tahun 1749 oleh pemilik perladangan gula Perancis. Lalu pada tahun 1770 ia menjadi ibu kota. Pada tahun 1804 menjadi ibu negara Haiti merdeka.

Antara sebab mengapa bandar ini berdepan dengan pelbagai masalah pencemaran dan kesihatan adalah kerana ia juga terkenal sebagai pusat dagangan dan perniagaan.

Selain itu, penduduk di sana juga berpendapat kegagalan kerajaan menguatkuasakan undang-undang antara punca negara ini tercemar.

3. Luanda (Angola)

Luanda (dahulu Loanda) ialah ibu negara sekaligus bandar terbesar di Angola. Luanda juga merupakan ibu kota Wilayah Luanda. Luanda memiliki penduduk sekitar 4.8 juta orang.

Walaupun digelar sebagai bandar termahal di dunia, pasti anda tidak tahu bahawa penduduk di sana hanya mendapat bekalan air kotor untuk di minum dan tidak bagus demi tubuh badan mereka.

Menurut sumber, negara ini sedang giat menjalankan proses pemulihan daripada bakteria cholera yang nelanda Angole pada 2016

4. Dhaka (Bangladesh)

Dhaka ialah ibu kota Bangladesh yang kini dihuni penduduk seramai 17 juta orang. Bandar ini terletak di Buriganga, di tengah kawasan penanaman jut di dunia.

Bandar ini kini mengalami masalah penduduk yang padat. Keadaan itu juga telah menyebabkan tercetusnya masalah pencemaran air dan udara.

Dhaka adalah sebuah bandar yang kadang-kadang boleh memberikan satu pengalaman baru bagi pelawat biasa, apabila anda menaiki salah satu beca yang berwarna-warni, daya tarikan Dhaka mula dapat dilihat.

Kehidupan warga Dhaka mengalir dari bot-bot di Sungai Buriganga menyelusuri  ke taman-taman hijau dan kawasan universiti yang tidak disangka-sangka kewujudannya.

Mughal dan monumen British yang kaya dengan sejarahnya, di kelilingi masjid-masjid dan kuil-kuil Hindu serta pemandangan seni dan restoran yang berkembang maju .

Dhaka sedang mengalami pertumbuhan pesat dengan langkah tergesa-gesa untuk membina jalan baru dan sistem kereta api metro memberi gambaran mengenai arah perjalanan masa depan Dhaka.

Sumber : VitDaily

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.