fbpx
Now Reading
Apa Sebenarnya Maksud Simbol Segi Tiga Beserta Nombor Pada Botol Plastik?

Apa Sebenarnya Maksud Simbol Segi Tiga Beserta Nombor Pada Botol Plastik?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda adalah seorang pengguna tegar produk-produk yang dijual di pasaran, tidak kiralah apa pun, jika diperhatikan pada label pembukusan produk tersebut, anda pasti akan terlihat satu simbol kitar semula kan?

Tapi tahukah anda, walaupun sekilas pandang simbol-simbol kitar semula itu semuanya sama, sebenarnya jika diperhati dengan lebih teliti, sebenarnya simbol-simbol tersebut berbeza antara satu sama lain dan mempunyai maksud yang berbeza.

Jadi kali ini, kami di SK ingin berkongsi dengan anda mengenai maksud-maksud simbol kod yang tertera pada bahagian bawah botol atau pada lebel plastik bungkusan.

1. PET 1 (Polyethylene Terephthalate)

Polyethylene Terephthalate seringkali menggunakan singkatan sebagai PET atau PETE. Barangan plastik yang mempunyai simbol kod ini biasanya boleh dan sering dikitar semula.

Kod PET 1 boleh ditemui pada botol minuman ringan, bekas minuman seperti sport bottles, dan bekas makanan.

Antara produk yang dihasil menggunakan Polyethylene Terephthalate dikitar semula adalah pelbagai produk isi rumah seperti barangan karpet fiber, tali dan pakaian. Selain itu, ia turut digunakan untuk menghasilkan bekas seperti bekas bedak, gincu dan sebagainya.

Polyethylene Terephthalate tidak mempunyai bau dan kualiti barangan / makanan yang disimpan di dalam bekas yang dihasilkan daripada Polyethylene Terephthalate tidak terjejas kualitinya.

Bagaimanapun jika anda mempunyai bekas dengan kod ini, anda dinasihatkan untuk tidak mendedahkannya pada suhu tinggi kerana ia boleh membebaskan kandungan kimia yang digunakan ketika penghasilan botol tersebut.

2. HDPE 2 (High-Density Polyethylene)

HDPE 2 digunakan untuk menghasilkan bekas yang kuat dan biasanya ia tidak selamat (tertentu) untuk diguna semula sebagai bekas menyimpan makanan atau minuman botol tertera kod HDPE 2 sekiranya dari awal lagi tidak dihasilkan sebagai bekas menyimpan makanan.

Antara barangan plastik yang biasanya mempunyai kod HDPE 2 adalah botol sabun tidak kira sabun pencuci pakaian ataupun pencuci lantai. Selain itu ia juga digunakan untuk menghasilkan bekas barangan kosmetik.

Produk kitar semula daripada plastik HDPE 2 adalah bekas baru, batang paip, edging untuk kegunaan landskap dan tong sampah.

3. PVC 3 (Polyvinyl Chloride)

Bekas yang dihasilkan daripada PVC biasanya adalah berbahaya untuk digunakan semula disebabkan ia mengandungi klorin. Penghasilan produk plastik berasaskan PVC boleh membebaskan dioksin berbahaya.

Kod kitar semula PVC 3 biasanya ditemui pada barangan-barangan seperti bag plastik, bekas simpanan cecair kimia, batang paip dan penebat wayar.

Manakala produk yang biasa dihasilkan daripada barangan plastik mempunyai kod PVC 3 adalah peti surat, tong sampah, kompenan kayak dan sebagainya.

Peringatan untuk anda, jangan sesekali gunakan bekas PVC 3 untuk memanaskan makanan anda kerana pendedahan PVC terlalu lama pada cahaya atau api boleh menyebabkan berlaku pembebasan bahan toksik berbahaya.

4. LDPE 4 (Low-Density Polyethylene)

Barangan plastik dengan kod LDPE 4 biasanya boleh ditemui pada bekas seperti golongan filem, plastik golongan berbuih, bag plastik, plastik pembalut produk.

Manakala produk-produk yang biasanya dihasilkan daripada plastik kitar semula kod LDPE 4 adalah seperti kompenan tong sampah, tile lantai, tong komposit, dan perabot luar rumah.

Anda mungkin sering tersilap ataupun tidak pasti sama ada plastik yang anda gunakan diperbuat daripada PVC ataupun LDPE, jadi anda dinasihatkan untuk tidak memanas atau membakar mana-mana plastik ini.

5. PP 5 (Polypropylene)

PP 5 mempunyai ciri-ciri seperti warna yang terang, memudahkan pengguna untuk membezakan antara satu bekas dengan bekas yang lain, kuat dan tidak mudah diserasapi wap jika dijadikan bekas, tidak bereaksi dengan asid, alkali dan kebanyakkan peluntur.

PP 5 seringkali dijadikan sebagai bekas untuk menyimpan barangan berat, botol ubat, penutup botol, rak plastik dalam peti sejuk, kotak marjerin dan sebagainya.

Manakala produk yang dihasilkan semula daripa bekas plastik berkod PP 5 adalah kompenan kenderaan, kelengkapan isi rumah dan barangan plastik luar rumah.

Sehingga kini, saintis masih tidak mengetahui risiko PP 5 kepada pengguna. Selain itu, bekas plastik PP 5 mempunyai kemampuan tahan panas yang tinggi, sekiranya anda mencari bekas untuk memanaskan makanan, anda disarankan memilih bekas dengan kod PP 5.

6. EPS/PS 6 (Expanded Polystyrene)

EPS dihasilkan daripada PS. EPS mempunyai ciri-ciri seperti baik sebagai penghalang kemasukkan kelembapan, mudah dikenal pasti, struktur tetap, serta ringan tetapi kukuh.

EPS biasanya digunakan untuk menghasilkan cawan, mangkuk, pinggan pakai buang. Selain itu juga digunakan untuk menghasilkan foam pelindung dan juga barang mainan.

Manakala produk yang dihasilkan daripada plastiK EPS kitar semula adalah punat suis lampu, moulding plastik, paket plastik dan juga talam meja.

Kajian seblum ini memang memunjukkan bekas makanan diperbuat daripada EPS boleh mencemarkan kualiti makanan dan memberi kesan kepada pengguna. Maka tak hairanlah banyak negara yang mengharamkan penggunaan cawan dan bekas makanan jenis ini digunakan di negara mereka.

7. OTHER 7 (Composite)

Turut dihasilkan daripada bahan plastik, namun yang termasuk di dalam kategori ini secara asasnya adalah bekas yang dihasilkan bukan daripada HDPE, LDPE, PET, PVC, PS atau PP.

Mana-mana jenis plastik yang dihasilkan selepas tahun 1976 dan bukan daripada mana-mana senarai enam resin plastik di atas, akan dikategorikan sebagai resin plastik ke-7.

Plastik kategori 7 ini biasanya digunakan untuk menghasilkan kotak jus atau susu, bag oven dan pelindung (cases). Manakala produk yang dihasilkan daripada bekas plastik OTHER 7 kitar semula adalah pelbagai botol rendah kualiti serta alatan plastik luar rumah.

Sumber : Recycle NZ

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.