fbpx
Now Reading
Anda Tergolong Dalam 20% Penduduk Dunia Jika Anda Mempunyai Lesung Pipit

Anda Tergolong Dalam 20% Penduduk Dunia Jika Anda Mempunyai Lesung Pipit

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mesti ramai yang impikan nak ada lesung pipitkan? Lesung pipit ni ialah satu lekukan di pipi yang boleh menambah kemanisan dalam wajah seseorang itu. Selain comel, ada banyak lagi kelebihan orang yang mempunyai lesung pipit ni. Meh kita tengok apa dia.

1.    Hanya 20% manusia memilikinya
Mengikut kajian, hanya 20% manusia di dunia ni yang memiliki lesung pipit yang sebenarnya merupakan satu kecacatan yang ramai orang impikan. Untung siapa yang ada lesung pipit ni tau!

2.    Ramai yang tertarik dengannya
Menurut kajian lagi, lesung pipit merupakan satu tarikan yang menambahkan lagi daya penarik seseorang. Satu lagi, bila tangkap gambar even muka buruk macam manapun, muka tetap nampak lawa dengan adanya lesung pipit ni. Bestnya!

hanya 20 peratus penduduk dunia ada lesung pipit

3.    Kelihatan lebih muda
Para saintis menyatakan kelebihan orang ada lesung pipit ni ialah boleh buatkan orang tu nampak muda dari usia sebenar dia. Makna kata lain mereka ada lesung pipit ni muka macam ‘babyface’ lah. Jealousnya kita yang takda lesung pipit ni kan!

hanya 20 peratus penduduk dunia ada lesung pipit

4.    Penyebar aura keceriaan
Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum je, kita yang tengok pon mesti rasa jatuh cinta dengan senyuman dia tu kan? Sebab comel sangat dengan adanya lesung pipit tu.

5.    Ramai selebriti jadi terkenal sebab ada lesung pipit
Kalau dekat Malaysia ni, Wawa Zainal yang merupakan artis paling comel yang mempunyai lesung pipit. Siapa tengok dia mesti terpikat punya kan!

hanya 20 peratus penduduk dunia ada lesung pipit

Sumber: Mynewshub

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.