fbpx

Senang Je Buat Bebola Keju Rupanya!

Bahan-bahan Diperlukan:

1. 300 g ubi kentang (Dibuang kulit)
2. 3 sudu makan tepung gandum (Diayak)
3. 2 sudu makan mentega
4. 1 sudu makan susu tepung
5. 1 sudu teh serbuk lada sulah
6. 3 biji telur ayam (Dipukul)
7. 250 g keju cheedar (Dipotong dadu kecil)
8. Serbuk roti secukupnya
9. Minyak masak secukupnya
10. Garam secukup rasa

Cara Menyediakan Dan Memasak:

1. Potong kentang dalam saiz kecil kemudian rebus dengan garam sehingga lembut dan kering air. Lenyekkan sehingga hancur.
2. Gaulkan dengan tepung gandum, mentega, susu tepung dan lada sulah sehingga sebati dan menjadi doh.
3. Ambil adunan dan leperkan. Masukkan keju dan bulatkan menjadi bebola kecil.
4. Celupkan bebola ke dalam telur dan golekkan di dalam serbuk roti.
5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana dan gorengkan bebola sehingga warna kuning keemasan.
6. Angkat dan tuskan minyak. Hidangkan.

See Also

Sumber: MyResipi

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.