fbpx
Now Reading
Ini Caranya Untuk Dapatkan Semula Mesej Yang ‘Didelete’ di Whatsapp

Ini Caranya Untuk Dapatkan Semula Mesej Yang ‘Didelete’ di Whatsapp

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai yang menggunakan ciri ‘Delete message’ di WhatsApp setelah silap menghantar mesej, lazimnya kerana typo ataupun kadang-kadang terhantar ke orang lain!

Namun, ada cara rahsia untuk mendapat semula mesej yang telah dibuang, walaupun sudah lenyap dari skrin.

Hal ini boleh menjejaskan seramai 1 billion pengguna Whatsapp sedunia apabila mesej yang telah mereka buang boleh muncul semula, lapor portal Dailymail.co.uk.

1. Delete aplikasi WhatsApp daripada iPhone atau Android
2. Muat turun semula WhatsApp daripada stor aplikasi
3. Log masuk, kemudian memulihkan rekod mesej daripada back-up

Apabila mesej back-up telah dipulih kembali, semua mesej termasuk yang telah dibuang akan terus muncul.

Ia kerana WhatsApp secara automatik akan menjalankan back-up setiap hari pada 2 pagi selain menyimpan dalam rekod semua mesej yang dihantar dan diterima.

Namun, ini bukan kali pertama isu timbul mengenai ciri ‘Delete for everyone’ itu.

Sejurus selepas ciri itu dilancarkan pada November 2017, blog Android Jefe melaporkan bahawa pengguna Android boleh melihat mesej yang dibuang.

Walaupun pengguna tidak dapat melihat semula mesej yang dibuang itu dalam aplikasi WhatsApp, mesej itu boleh muncul semula menerusi dua cara.

1. Pengguna boleh meletakkan widget ‘Settings’ pada home screen, di mana pilihan ‘Notification Registration’ akan muncul

atau

2. Pengguna boleh muat turun aplikasi sejarah notifikasi yang menunjukkan semua notifikasi terbaharu, walaupun mesejnya telah dibuang dalam WhatsApp

Hal ini kerana apabila notifikasi muncul di telefon pintar Android, ia secara automatik disimpan dalam log notifikasi.

Sumber : Awani.com

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.