Now Reading
Ini Sebabnya Kenapa Harga Tiket Flight Tidak Tetap

Ini Sebabnya Kenapa Harga Tiket Flight Tidak Tetap

Pernahkah anda memeriksa tiket pesawat dan ia kadang-kala mahal dan kadang-kala murah? Tak boleh ke tetapkan pada satu harga, seperti kenderaan awam lain macam bas ekspress?

Setiap Pesawat Penerbangan Ada Kelas Tersendiri

kenapa harga tiket flight kadang mahal kadang murah? harga tetap tak boleh ke?

Setiap pesawat penerbangan mempunyai kelasnya tersendiri seperti ekonomi, bisnes, eksekutif, dan first class. Setiap kelas ini kemudiannya dibahagaikan kepada beberapa sub-kelas dan dilabel dengan abjad seperti T,V, K, Y dan sebagainya. Sub-kelas ini berbeza mengikut pesawat. Semakin popular kelas, semakin mahal harga tiket.

Laluan Popular vs Laluan Tidak Popular

kenapa harga tiket flight kadang mahal kadang murah? harga tetap tak boleh ke?

Penerbangan dari satu destinasi ke destinasi lain dipecahkan kepada 2 jenis iaitu route atau laluan popular dan route tidak popular. Laluan popular adalah penerbangan yang paling banyak penerbangannya, manakala laluan tidak popular adalah sebaliknya. Kebiasaannya, laluan popular ini akan mengalami perubahan harga tiket yang paling banyak, bergantung kepada jumlah tempahan. Misalnya, Kuala Lumpur ke Singapura adalah penerbangan laluan popular, maka semakin banyak tempahan dibuat, semakin mahal jadi harga tiket.

Musim Penerbangan dan Jumlah Tempahan

kenapa harga tiket flight kadang mahal kadang murah? harga tetap tak boleh ke?

See Also

Umum mengetahui, jika musim perayaan atau cuti panjang, tiket flight akan menjadi lebih mahal disebabkan permintaan yang tinggi. Semakin banyak permintaan tempahan flight, semakin tinggi jadinya harga tiket!

Menurut laman Skyscanner, kebiasaannya hari Khamis adalah hari tiket paling mahal dan hari Selasa (pagi) adalah waktu paling sesuai untuk memeriksa harga tiket.

Sumber: CheapAir

© 2019 BuzzKini. All Rights Reserved.