fbpx
Now Reading
Butik Di Jepun Ini Hasilkan Koleksi Hijab Untuk Dipakai Bersama Kimono

Butik Di Jepun Ini Hasilkan Koleksi Hijab Untuk Dipakai Bersama Kimono

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di Kyoto, Jepun terdapat satu butik yang menyewa hijab! Butik yang diberi nama Yumeyakata itu merupakan sebuah butik sewa kimono di Jepun. Kini, butik itu juga menawarkan hijab wagara untuk wanita muslim yang melawat bandar Kyoto.

Hijab ini boleh disewa untuk dipadankan bersama kimono supaya nampak lebih cantik dan menawan di dalam gambar. Terdapat 20 rekaan hijab wagara yang berbeza dalam koleksi di butik itu seperti untuk musim bunga, musim sakura dan yukiwa (musim salji) ditambah lagi dengan 50 rekaan untuk musim panas.

Rekaan tudung ini sememangnya direka khas untuk mempunyai reka bentuk wagara iaitu corak Jepun yang sangat sesuai dipadankan dengan pakaian traditional Jepun tersebut. Oleh itu, coraknya tidak jauh beza berbanding kimono.

Hijab wagara ini boleh disewa di dua lokasi iaitu 128, Manjujicho, Shimogoyo-ku, Kyoto-shi, Kyoto dan 472-1 Kinpukicho, Nakagyo-ku, Kyoto pada harga 300 Yen (~RM11) sahaja.

Kini wanita islam yang berkunjung ke Kyoto dan ingin memakai kimono juga boleh menikmati pengalaman memakai kimono dipadankan dengan tudung Yarayakata yang sesuai dengan pilihan kimono.

Sumber: The Vocket

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.