fbpx
Now Reading
Nekad Berhenti Rokok, Lelaki Ini Berjaya Kumpul Hampir RM8 Ribu Untuk Bawa Keluarga Bercuti

Nekad Berhenti Rokok, Lelaki Ini Berjaya Kumpul Hampir RM8 Ribu Untuk Bawa Keluarga Bercuti

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sepasang suami isteri dari Taiwan telah berkongsi kisah si suami yang nekad berhenti merokok di Facebook dan mendapat perhatian orang ramai.

Kisah bermula apabila anak pertama pasangan ini baru sahaja dilahirkan dan si suami nekad untuk berhenti merokok kerana sayangkan nyawa isteri dan anaknya. Malah, si suami mahu anaknya menjadikan dirinya sebagai role model.

“Saya pernah sanggup simpan duit untuk membeli rokok. Setiap kali ingin merokok, saya akan simpan NT$50 (kira-kira RM6). Sekarang, saya masih simpan NT$50 setiap kali rasa teringin, walaupun tidak lagi merokok”, kata suami berkenaan.

lelaki nekad berhenti merokok berjaya simpan duit bawa isteri anak bercuti

Beliau telah berkongsi foto duit syiling yang berjaya dikumpulkan sejak daripada berhenti merokok dan sehingga kini berjaya mengumpulkan sejumlah NT$60,000 (kira-kira RM7,900)!

lelaki nekad berhenti merokok berjaya simpan duit bawa isteri anak bercuti

Tambah lagi, beliau bukan sahaja boleh membawa isteri dan anak pergi bercuti, malah kesihatannya juga menjadi semakin baik.

Sumber: China Press

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.