fbpx
Now Reading
Ini Adalah 5 Sebab Kenapa Anda Patut Pilih AirBnb Berbanding Hotel

Ini Adalah 5 Sebab Kenapa Anda Patut Pilih AirBnb Berbanding Hotel

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekarang ini pelancong mempunyai banyak pilihan tempat tinggal jika mereka ingin melancong mahupun di dalam ataupun luar negara. Hotel, Airbnb, dan “homestay” merupakan salah satu pilihan yang anda boleh dapatkan untuk menempah bilik. Sebelum menempah, anda harus menitik beratkan aspek keselesaan dan keluasan tempat tinggal anda.

Berikut adalah perkongsian dari Ida Latif daripada The Vocket tentang pengalaman dia semasa melancong ke Ice Land dan 5 sebab kenapa AirBnb lagi jimat berbanding hotel.

1. Ada Alatan Memasak Dan Bahan Asas Masakan

Gambar: Art of Kitchen

Kebiasaanya, pelancong dari Malaysia lebih suka memasak dari membeli dari luar apabila melancong. Apabila tinggal di homestay yang mempunyai alatan memasak, ia sangat bagus dan selesa untuk pelancong.

Selain itu, ada juga tuan rumah yang baik hati menyediakan bahan asas di dapur homestay mereka. Antaranya garam, beras, gula, kopi dan makanan asas lain. Secara tidak langsung, perbelanjaan untuk makanan dapat dijimatkan.

2. Pemandu Pelancong Percuma

Gambar: Visit Chile

Jika anda rajin berbual dan pandai mengambil hati tuan rumah, kadang-kadang tuan rumah sanggup tunjukkan tempat-tempat menarik di tempat mereka.

Menurut Ida Latif daripada The Vocket, “Semasa di Myvatn, bahagian Utara Iceland, saya dan keluarga pernah dibawa ke tempat memasak roti cara tradisional. Roti Rúgbrauð (geysir bread) adalah roti tradisional Iceland yang dimasak dalam tanah di tempat berwap air panas semula jadi. Di Iceland ia dipanggil geysir dan roti ini perlu dibakar selama 24 jam. Lebih menarik, host turut berikan 3 buku roti geysir (Rúgbrauð) untuk kami makan. Dan dia menolak dengan baik bila kami nak bayar.”

3. Hidden Spot (lokasi menarik hanya penduduk tempatan saja tahu)

Tiada yang lebih kenal sesuatu tempat kecuali mereka yang menetap di situ.

“Ketika tinggal di sebuah homestay di Snaefellsnes Peninsular, host telah emailkan kepada saya 20 hidden spot yang cantik dan rare tapi tidak begitu dikunjungi pelancong.”

“Salah satunya adalah pantai persendirian milik keluarganya yang hanya boleh dilawati dengan kebenaran. Disebabkan kami adalah tetamu homestay dia, kami diberikan akses untuk berkunjung ke pantai tersebut pada bila-bila masa.”

4. Ruang Lebih Luas Dan Selesa

Kebiasaanya homestay mempunyai keluasan yang besar berbanding hotel. Di setiap homestay mempunyai ruang tamu, bilik tidur, tandas dan dapur lengkap dengan perkakas memasak. Terasa lebih luas dan selesa lebih lagi jika melancong bersama keluarga yang besar.

5. Ada Mesin Basuh Dan Pengering Baju

Selalunya homestay akan menyediakan mesin basuh dan pengering baju. Ini akan memudahkan pelancong untuk membasuh baju mereka dan tidak perlu bayar untuk basuh baju di dobi.

Sumber: The Vocket

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.