fbpx
Now Reading
Jari Kelingking Anda Berlekuk? Ini Sebabnya!

Jari Kelingking Anda Berlekuk? Ini Sebabnya!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pernahkah anda memeriksa jari kelingking anda dan mendapati ia mempunyai lekuk dan sudah berubah bentuk? Jika YA, anda merupakan seorang pengguna telefon pintar yang tegar.

jari kelingking ada lekuk sebab pegang phone lama sangat - kajian

Beberapa tahun lalu, tular dilaman sosial apabila ramai pengguna berkongsikan foto jari kelingking mereka didapati berubah bentuk dan mempunyai lekuk.

jari kelingking ada lekuk sebab pegang phone lama sangat - kajian

jari kelingking ada lekuk sebab pegang phone lama sangat - kajian

Tim Allardyce, seorang Fisiotherapist Chartered and Registered Osteopath dari Surrey Physio berkata, lekuk kecil pada jari telunjuk itu mungkin boleh terjadi disebabkan oleh tekanan berterusan dari telefon pintar yang lebih berat pada jari.

jari kelingking ada lekuk sebab pegang phone lama sangat - kajian

“Penggunaan telefon secara berterusan, terutamanya menggunakan telefon untuk menaip mesej atau online, boleh menyebabkan pergerakan ibu jari dan jari secara berulang-ulang, dengan ibu jari yang paling banyak digunakan.

“Dalam jangka pendek, ini boleh menyebabkan hipermobility sendi-sendi kecil di sekitar jari dan ibu jari. Dalam tempoh yang lama, penggunaan jari dan ibu jari yang berterusan boleh menyebabkan osteo-arthritis kerana tulang rawan merosot di antara sendi.

“Memegang telefon pada sudut tertentu berulang-ulang untuk waktu yang lama sepanjang hari dapat menyebabkan beberapa perubahan bentuk jari.

“Adakah ia berbahaya? Tidak. Mungkin juga terdapat faktor lain yang menyebabkan jari berubah (seperti diet, sejarah keluarga dan kesihatan asas).

“Orang ramai dinasihatkan agar menggunakan telefon pintar dalam tempoh masa singkat kerana penggunaan telefon pintar secara berterusan dan berulang kali boleh menyebabkan hipermobility pada jari, yang boleh mengakibatkan keradangan.

“Cubalah untuk kurangkan waktu memegang telefon bimbit anda atau gunakan pemegang telefon dengan kit bebas tangan”, katanya seperti dipetik dari Daily Mail.

jari kelingking ada lekuk sebab pegang phone lama sangat - kajian

jari kelingking ada lekuk sebab pegang phone lama sangat - kajian

Jari korang ada tak lekuk ni?

Sumber: Daily Mail

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.