fbpx
Now Reading
Ini Cara Bayar PTPTN Guna KWSP

Ini Cara Bayar PTPTN Guna KWSP

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perkara yang merisaukan selepas habis belajar di universiti mestilah perkara berkaitan pinjaman pendidikan. Bagi mereka yang baru bekerja, ini cara bagus untuk anda kurangkan komitmen bulanan. Malah, bayaran pinjaman tetap dibayar tanpa tunggakan.

Jika anda seorang peminjam PTPTN, usah risau kerana terdapat cara untuk membayar PTPTN menggunakan akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP).

Menurut seorang pengguna laman Twitter, @aliasyafida47, anda boleh cuba cara membayar hutang PTPTN dengan menggunakan akaun KWSP. Anda harus ada akaun KWSP dan mempunyai wang di dalamnya baru boleh guna cara ini.

Anda kena mendaftar i-Akaun di mana-mana kiosk KWSP atau terus pergi ke pejabat KWSP dan aktifkan di laman web i-akaun. Kemudian, muat turun aplikasi i-akaun di telefon pintar anda, klik members login dan pastu masukkan kata laluan sementara yang anda dapat daripada mesej.

“Lepas dah aktifkan, korang dah boleh mohon untuk pembayaran PTPTN pakai akaun 2 KWSP. Akaun 2 sahaja yaa. Bukan semua,” ujarnya.

Selain itu, sila periksa baki pinjaman di laman web ptptn dengan nombor kad pengenalan anda serta kata laluan. Jika tidak pernah, klik pada permohonan kali pertama.

Selepas itu, anda boleh lihat sendiri amaun tertunggak di penyata baki terperinci seperti yang dinyatakan di dalam gambar.

Menurut Alia, untuk i-akaun KWSP tadi, dia menjelaskan langkah-langkah perlu diambil untuk versi laman web iaitu dengan klik Withdrawal – New Application – Education, keluar Pop-Up dan Klik OK.

Selepas langkah-langkah dibuat seperti yang dijelaskan oleh Alia, anda akan menerima satu mesej daripada pihak KWSP dalam masa beberapa hari.

“Lepas dah dapat mesej ni, korang kena pergi ke mana2 KWSP terdekat, untuk Thumb Print. Jangan lupa bawa IC yee. Lagi bagus kalau bawak copy ic jugak. Prepare skali transkrip dan sijil konvo yang original dan fotostat. Just in case dorang mintak,” sambungnya.

Difahamkan, anda juga harus menunggu dalam tempoh 16 hari bekerja untuk kelulusan permohonan yang dibuat dan semak status permohonan di i-akaun KWSP.

Diingatkan, anda boleh memohon lagi untuk permohonan akan datang. Beberapa kali juga boleh asalkan akaun 2 anda mempunyai wang di dalamnya.

Sumber: Twitter @aliasyafida47

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.