fbpx
Now Reading
Ini Adalah 10 Lokasi Kafe ‘Kids Friendly’ Di Lembah Klang

Ini Adalah 10 Lokasi Kafe ‘Kids Friendly’ Di Lembah Klang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cuti sekolah hampir tiba, mesti ibu-bapa pening kepala fikir nak bawa anak-anak jalan ke mana, bukan? Di bawah ini adalah perkongsian 10 kafe ‘kids friendly’ yang boleh anda pergi bersama anak-anak anda!

1. Blokke, Citta Mall

Kafe ini mengambil inspirasi dari lego dimana kita dapat melihat pelbagai warna daripada dekorasinya. Dibuka pada pukul 10 pagi hingga 10 malam pada hujung minggu, dan pukul 9 pagi hingga 9 malam pada hari biasa.

2. Weaning Tots, Mytown Shopping Centre

Terletak di tingkat dua bangunan MyTown Shopping Centre, ia merupakan kafe yang digabungkan bersama taman permainan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, menu makanan yang ada di sini juga lebih tertumpu kepada makanan yang lebih sihat.

3. Bucket B Cafe, IPC Shopping Centre

Kafe ini dimiliki oleh seorang ibu yang ternyata mahu memberikan kepuasan yang sama buat para ibu bapa untuk melihat anak-anak bergembira. Bukan itu sahaja, terdapat juga satu kawasan yang bernama ‘Craft Area’ dimana anak-anak boleh menunjukkan kreativiti mereka.

4. Yellow Brick Road, Batai Village Damansara Height

Kalau nak tahu, Yellow Brick merupakan kafe kopi pada asalnya. Jika anda mahu ke bahagian kanak-kanak ini anda perlulah naik ke kawasan atas dimana anda akan terpukau dengan dekorasi kawasan permainan anak-anak. Waktu perniagaan adalah pukul 9 pagi- 10 malam.

5. Good Friends Cafe, Subang Jaya

Sesuai dengan namanya, kafe ini merupakan antara tempat yang sesuai untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, anda boleh membuat permintaan khas untuk makanan anda dimasak secara asing tanpa kandungan MSG. Di kawasan bermain pun turut disertakan dengan bahan bacaan.

6. Slappy Cakes, Sunway Pyramid

Pernah mendapat liputan meluas, kafe ini pasti menarik perhatian anda. Anak-anak pasti akan suka apabila diberi peluang untuk DIY sendiri pancake mengikut kreativiti. Nak pilih perasa mengikut kegemaran anak-anak pun boleh!

7. O’Coffee Club Parkson, Pavillion

Nampak macam kafe kopi biasa tetapi sebenarnya kafe ini dapat menghubungkan anda dengan kawasan permainan anak-anak di dalam kawasan Parkson. Kalau nak biarkan si ayah dan anak-anak berehat di sini sambil si ibu membeli-belah pun merupakan idea yang menarik.

8. Wondermilk, Publika

Mungkin jenama Wondermilk tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah mempunyai banyak cawangan di sekitar Lembah Klang. Mempunyai rangkaian juadah pencuci mulut yang manis dan comel pastinya akan membuatkan anak-anak terpukau. Kalau nak ‘take away’ pun boleh.

9. Noriter, 1 Mont Kiara Mall

Bukan sahaja menjadi pilihan bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak sekitar umur 4 tahun dan ke bawah, Noriter menjanjikan kelainan dari segi menu yang ditampilkan. Apa yang menariknya, anda juga boleh mendapatkan makanan ala-ala Korea untuk anak-anak supaya dapat bereksperimen dengan deria rasa mereka.

10. Marmalade, Bangsar Village

Terletak di tingkat satu Bangsar Village Mall, pengalaman bersama anak-anak di kafe Marmalade pastinya tidak akan mengecewakan. Menyediakan kawasan bermain untuk anak kecil dengan keluasan yang selesa, Marmalade juga turut menyajikan makanan sihat dalam portion yang sesuai untuk kanak-kanak.

Sumber: Sirap Limau

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.