fbpx
Now Reading
Tiket ETS, KTM Intercity Sempena Aidilfitri Akan Mula Dijual Minggu Ini

Tiket ETS, KTM Intercity Sempena Aidilfitri Akan Mula Dijual Minggu Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiket bagi perkhidmatan kereta api elektrik ETS dan KTM Intercity sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan mula dijual pada hari Rabu minggu depan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menurut Unit Komunikasi Korporat KTMB, orang ramai yang mahu menaiki kereta api untuk pulang ke kampung halaman boleh mendapatkan tiket berkenaan bermula pukul 8.30 pagi rabu depan.

Difahamkan, tiket perkhidmatan ETS dan KTM Intercity dijual bagi perjalanan antara tarikh 1 Mei sehingga 16 Jun tahun ini berdasarkan jadual waktu perjalanan yang disediakan.

“Sebanyak 36 perjalanan kereta api ETS dan 49 perjalanan kereta api KTM Intercity disediakan bagi menampung permintaan tinggi sempena musim cuti perayaan itu,” tulisnya.

“Tiket boleh dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi KTMB, www.ktmb.com.my atau menerusi aplikasi telefon pintar KTM MobTicket serta di kaunter-kaunter tiket KTMB,” jelasnya.

“Manakala jualan tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral-Woodlands-JB Sentral) kekal seperti biasa,” sambungnya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi KTM Berhad www.ktmb.com.my, laman sosial KTM Berhad di Facebook (KTM Berhad), Instagram (@ktmbofficial) dan Twitter (@ktm_berhad) atau menerusi Pusat Panggilan KTM Berhad 24 jam setiap hari di talian 0322671200.

Sumber: Sinar Harian

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.