
Sebuah berita yang mengejutkan dalam arena teknologi dan telefon pintar apabila Huawei diumumkan telah disekat daripada menggunakan perisian Android dan Google serta-merta.
SUMBER: FINANCIAL TIMES
Berikutan keputusan yang dibuat, Huawei tidak lagi menerima akses terbaru buat Android dan servis daripada Google. Lebih parah, aplikasi seperti Gmail yang sudah menjadi kewajipan bagi setiap pengguna telefon pintar juga turut disekat.
Tidak hanya menyekat perisian Android dan Google, Huawei yang sebelum ini menawarkan pelbagai barangan telekomunikasi serta rangkaian 5G bakal turut dihalang daripada memasuki Amerika Syarikat.
SUMBER: JBKLUTSE
Buat pengguna telefon pintar Huawei, pastinya berita ini merupakan berita sedih buat anda dimana harapan untuk mendapatkan kemaskini Android versi terbaru semakin tipis.
Berikutan keputusan yang dibuat, pastinya orang ramai tidak lagi berminat untuk menggunakan Huawei disebabkan sekatan yang dibuat sekaligus bakal memberi impak besar kepada penjualan telefon pintar Huawei.
CEO HUAWEI, REN ZHENGFAI. SUMBER: TECHNODE
Menurut Ren Zhengfai selaku CEO Huawei, mereka sudahpun mempunyai sistem operasi sendiri yang dihasilkan untuk menggantikan penggunaan Android. Sama-sama kita nantikan bagaimana Huawei ingin bangkit semula dalam menyakinkan orang ramai terhadap sistem perisian mereka sendiri tanpa Android pada masa akan datang.
Sumber : The Vocket