fbpx
Now Reading
Guna Saham Sebagai Mas Kahwin Punca Kisah Pasangan Ini Viral

Guna Saham Sebagai Mas Kahwin Punca Kisah Pasangan Ini Viral

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti mereka yang berkahwin mahukan kisah perkahwinan mereka sentiasa di ingati, jika bukan pada orang lain, cukuplah pada pada ingatan mereka sendiri. Namun lain pula bagi pasangan pengantin baru yang tidak pernah menyangka kisah mereka akan viral sebegini.

RM Zaga Raditya  Kusuma Prabu  yang berasal dari Solo ini mengahwini wanita idamannya Bellawati Dityasari  juga dari Solo pada 23 Ogos 2019 yang lalu . Namun apa yang menarik perhatian orang ramai ialah, Zaga menggunakan saham sebagai mahar buat isterinya.

Yelah kebiasaan kita akan menggunakan wang tunai bukan ? Jadi agak jarang perkara sebegini terjadi. Malahan saudara-saudara kita di Indonesia juga, rata-rata mereka akan menggunakan wang tunai, ataupun emas atau mungkin kelenkapan solat sebagai mahar kahwin.

Menurut Zaga, dia memilih untuk meberikan saham sebagai mas kahwin kerana ianya adalah satu pelaburan jangka masa yang panjang. Malahan nilai juga akan berkembang dari masa ke semasa.

“Saya pilih mahar saham untuk pelaburan jangka masa panjang. Nilainya semakin lama semakin naik.

“Bahkan boleh berkembang dan berlipat  puluhan kali. Nilai saham saya berikan

3,338,498  rupiah (RM984.97) Saya yakin nilai tersebut akan berlipat ganda dalam 5 hingga 10 tahun akan datang “ ujar Zaga lagi.

Idea menggunakan saham ini wujud sewaktu mereka berdua berbincang tentang perjalanan majlis pernikahan.  Minat Bella terhadap pelaburan jugalah membuatkan suaminya memilih mas kahwin sebegeni yang secara tidak langsung dapat mengajar Bella menabung.

Thumbs up untuk pasangan ini dari penulis!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.